Tuesday 23 July 2013

Mendidik Anak Berbudi Bahasa (Bhgn 3)



 Coretan : Wardi Fathi Othman

Salam Ceria....
Salam Permata.....
Salam Ramadhan....


Menjadi model tatatertib kepada anak.

Jika mulut anda penuh dengan makanan, jangan bercakap kerana anak akan mengikut apa yang anda lakukan.

Berlatih untuk duduk diam di meja makan.

Lakukan dalam tempoh masa 15 ke 20 minit. Ini akan mengajar anak berdisiplin di meja makan tanpa melakukan sebarang perbuatan yang mungkin membuatkan anda marah.

Gunakan perkataan ‘ tolong ‘.

Guna perkataan ini apabila mahu meminta anak mengambil barang yang mahu. Pastikan barang itu mudah untuk diambil dan tidak mudah pecah.

Komen.

Jangan membuat komen yang tidak baik mengenai makanan di hadapannya. Jika tidak mahu katakan ‘ tidak, terima kasih ‘

Minta kebenaran.

Jika anak merampas barang permainan rakannya, katakan kepadanya,‘ perbuatan kamu ini tidak baik kerana mengambil barang kawan tanpa kebenaran’

Salam.

Menghulurkan tangan untuk berjabat salam apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri anak.

Suara.

Beritahu kepadanya tempat yang perlu bersuara kuat dan tempat yang perlu bersuara perlahan.

Ramai anak-anak sekarang belajar berkomunikasi dari rakan-rakan sebaya mereka. Akibatnya mereka mempelajari bahasa kasar dan bahasa yang tidak sesuai untuk berkomunikasi. Oleh itu, dedahkan hidup anak-anak dengan persekitaran yang cemerlang!

Wallahu'alam....

No comments:

Post a Comment