Coretan : Wardi Fathi Othman
Salam Ceria....
Salam Ramadhan....
Antara buku, televisyen, tablet,
ipad yang mana satu lebih menarik perhatian anak anda?
Jika di buat tinjauan rambang, tentu ramai ibubapa mengatakan anak mereka lebih gemar menonton televisyen atau bermain dgn ‘gadget IT’ berbanding menumpukan perhatian terhadap bahan bacaan.
Jika di buat tinjauan rambang, tentu ramai ibubapa mengatakan anak mereka lebih gemar menonton televisyen atau bermain dgn ‘gadget IT’ berbanding menumpukan perhatian terhadap bahan bacaan.
Kalau menonton televisyen, memang mudah terleka, apatah lagi jika ia rancangan diminati dan ditunggu. Tambahan pula sekarang lambakan ‘gadget IT’ didalam pasaran mengaburi mata kanak-kanak termasuklah ibu bapa. Seringkali, saya perhatikan, anak-anak sekecil 2 tahun sudah pandai menhayun jemari yang halus mulus diatas papan tablet. Sungguh leka mereka bermain.
Pernahkah tuan / puan melihat senario sedemikian? Saya pasti, tuan / puan juga pernah melihatnya.
Pernah juga saya perhatikan, satu keluarga yang terdiri dari ibu, ayah, abang (berusia anggaran 6 tahun) dan juga sikecil (anggaran 3 tahun) - kesemua mereka leka menggunakan gadget IT sementara menunggu pelayan menghantar pesanan makanan.
Oh! Zaman IT ini akan membuatkan kita tidak perlu berbicara. Semua boleh dilakukan menggunakan gadget!
"Hadiahkan Buku Kepada Anak sebagai galakan membaca"
Wallahua'alam....
No comments:
Post a Comment