Tuesday, 23 July 2013

Mendidik Anak Berbudi Bahasa (Bhgn 1)

Coretan : Wardi Fathi Othman

Salam Ceria.....
Salam Ramadhan....


Mengajar anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses yang memerlukan masa yang berpanjangan dan bukan dalam masa tempoh yang singkat. Membentuk anak mengenai budi bahasa merupakan suatu proses yang berterusan. Anak – anak yang masih kecil suka akan peraturan dan secara umumnya suka akan sesuatu yang baru dalam hidupnya. Jadi apa kata ikuti panduan dibawah ini untuk membentuk budi bahasa dalam diri anak – anak dan anda sebagai boleh ibu bapa, suatu hari nanti boleh berbangga dengan hasilnya!.

Ajar anak-anak mengenai apa itu hormat.

Secara tidak langsung membuatkan mereka belajar untuk menghormati orang lain. Bukankah segalanya bermulanya dari rumah? Jadi, cakap dengan baik kepada anak dan tingkah laku itu akan membuatkan anak melakukan perkara yang sama kepada orang lain.








Bantu lakukan kerja rumah.

Biarkan anak melakukan kerja rumah yang mudah seperti membuang sampah ataupun membawa pinggan plastik dan diletakkan di atas meja. Aktiviti ini merupakan suatu pengenalan kepada anak untuk membantu ahli keluarga membersihkan rumah serta jangan lupa untuk mengajarnya asas tatatertib menggunakan telefon.

Praktik kesopanan dalam keluarga.

Setiap ahli keluarga perlu mempraktikkan perkataan ‘ tolong ‘ dan ‘ terima kasih ‘. Jadikan ia suatu ungkapan yang wajib dalam keluarga. Jika anak terlupa untuk untuk mengucapkan terima kasih, buat sesuatu untuk mengingatkannya seperi berkata, ‘ Ibu sedang menunggu ni…’ dan pastinya dia sedar bahawa anda sedang menunggu untuk dia ucapkan ' terima kasih ‘.







Sekadar perkongsian....


Wallahu'alam......

No comments:

Post a Comment