Coretan : Wardi Fathi Othman
Salam Ceria....
Salam Ramadhan....
Semua ibubapa menginginkan anak-anak yang petah, bijak
berbicara. Mendengar celoteh anak-anak tatkala pulang dari kerja, bagaikan satu
terapi untuk stress kerja kan!
Cikgu pasti ramai ibubapa akan bimbang jika anak belum boleh berbicara dengan lebih lancar tambahan pula jika telah hamper mencecah umur 2 tahun. Namun ada juga segelintir ibubapa memandang ringan mengenai masalah ini.
Namun mengikut pakar bahasa, masalah lambat bercakap ini tidak boleh di pandang ringan. Ini kerana perkembangan bahasa ini akan memberi kesan terhadap tahap kepintaran mereka.
Ibubapa digalakan berbual, membaca, menyanyi, mendengar dan memberi tindak balas kepada si kecil termasuk "bahasa badan" (gerak gaya badan dan mimik muka). Ini kerana ianya akan dapat membantu dan menggalakan kemahiran perkembangan berbahasa pertuturan sikecil. Tahu tak, ibubapa digalakan berbual dengan bayi, walaupun masih dalam kandungan lagi? Memberi makanan pejal pada usia 6 bulan ke atas juga boleh membantu, ini kerana kunyahan makanan turut mambantu merangsang percakapan anak kecil.
Untuk membantu merangsang perkembangan bahasa anak kecil, adalah digalakan ibubapa mula membaca dan berbual kepada anak2 sejak kecil lagi dan jadikanya rutin harian. Selalunya, ketika ibu atau bapa membaca, anak kecil akan melihat gambar dan mendengar cerita. Ini akan menimbulkan minat mereka dan mereka akan mula bertanya soalan mengenai cerita tersebut. dengan cara ini, dapat membantu perkembangan bahasa, merangsang kebolehan membaca dan menanam minat membaca itu sendiri!
Wallahu'alam....

No comments:
Post a Comment