Tuesday 1 October 2013

Gadget IT: Membawa kebaikan atau keburukan?

coretan : Wardi Fathi Othman
Gambar : Google

Assalamualaikum...
Salam Ceria...
Salam Permata....



Apa khabar? Alhamdullilah, allah masih memberi peluang untuk kita berkongsi maklumat, berkongsi menghirup udara, berkongsi negara Malaysia yang aman dan damai ini. Semoga kita semua boleh meneruskan perkongsian ini dalam keadaan yang aman damai... insya allah.
Gadget IT sekarang dilihat sebagai satu keperluan didalam kehidupan seharian. Rata-rata dapat dilihat penggunaannya, tidak kira peringkat usia. Bagi orang dewasa, gadget IT telah menjadi alat komunikasi yang tidak kurang penting dalam urusan seharian. Malahan kanak-kanak juga telah dilanda 'jangkitan' yang sama. Apakah kesan 'jangkitan' ini terhadap kanak-kanak?
Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah. 
Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.
Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak. 
Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’. Kesan-kesan lainnya;
1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.
2. Perkembangan bahasa mereka lemah
3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.
4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.
5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka.

sekadar perkongsian...
wallahualam...

#wardifathiothman#
Panduan Ransang Anak Bijak


     *********######*********

Pendaftaran Kelas Asas blog  masih giat berlangsung, Sertai kami, di Akademi Bekerja di Rumah untuk kelas-kelas berikut:

1. Kelas Asas Blog & Penulisan

Sesuai untuk mereka yang ingin berkongsi pengalaman dan kepakaran.
Membina rangkaian sendiri dengan menyerlahkan bakat melalui blog.
Mengasah bakat penulisan untuk penjenamaan didalam google.

2. Kelas Asas Blog dan Fanpage (bisnes)

Sesuai buat mereka yang baru mula untuk berjinak dalam perniagaan, terutamanya online.
Jika tiada produk, Kami di Akademi Bekerja di Rumah sedia membantu menyediakan produk atau pun boleh mengambil produk ‘Dropship’.

Mulalah sekarang! Setiap kejayaan adalah bermula dengan satu langkah yang kecil!

Untuk pendaftaran, hubungi saya:

Sms / Whatsapp : 019-473 6020

Friday 20 September 2013

Hak Bermain : Hak Asasi Kanak-kanak

Coretan : wardi Fathi Othman
Gambar : Google


Assalamualaikum....
Salam ceria...
Salam Hari Sabtu....

Hari ini hari Sabtu... Hari Libur, kata orang indonsia.... hari cuti kata orang malaysia.... :-)

Apa agenda tuan puan hari ni? Seperti biasalah, cuti hujung minggu ini akan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti wajib keluarga iaitu mama akan mengemas rumah, basuh baju, melipat baju, memasak hidangan kegemaran papa dan anak-anak.

Papa buat apa ya? Selalunya papa akan basuh kereta, mengilatkan kereta, pergi pasar, membantu mama mengemas rumah dan juga tidak ketinggalan membantu mama 'mengacau' masakan di dapur!
Jadi apa kata, masukan satu lagi agenda aktiviti wajib bersama anak-anak iaitu bermain bersama.

Tahukah mama dan papa sekalian bahawa memberi hak untuk kanak-kanak bermain telah di iktirafkan oleh Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBBB. Wow! sehingga begitu sekalikan!

Bermain adalah sebagai satu cara belajar bagi kanak-kanak. Dalam bermain, kanak-kanak berlatih dalam membuat keputusan, berimaginasi dan menunjukan kepimpinan, keyakinan dan menambah ketahanan diri mereka.

Dalam loparan kepada Akademi Pediatrik Amerika, Dr. Kenneth Ginsburg dari Hospital Kanak-kanak Philadelphia menekan kepentingan bermain dalam menggalakkan perkembangan kanak-kanak dan hubungan yang erat antara anak dan ibubapa.
Ayuh mama dan papa sekalian. Kita bermain dengan anak2 petang ini!

Wallahualam....
terima kasih.. :-)

#wardifathiothman#
Panduan Ransang Anak Bijak

     *********######*********

Sertai kami, di Akademi Bekerja di Rumah untuk kelas-kelas berikut:

1. Kelas Asas Blog & Penulisan

Sesuai untuk mereka yang ingin berkongsi pengalaman dan kepakaran.
Membina rangkaian sendiri dengan menyerlahkan bakat melalui blog.
Mengasah bakat penulisan untuk penjenamaan didalam google.

2. Kelas Asas Blog dan Fanpage (bisnes)

Sesuai buat mereka yang baru mula untuk berjinak dalam perniagaan, terutamanya online.
Jika tiada produk, Kami di Akademi Bekerja di Rumah sedia membantu menyediakan produk atau pun boleh mengambil produk ‘Dropship’.

Mulalah sekarang! Setiap kejayaan adalah bermula dengan satu langkah yang kecil!

Untuk pendaftaran, hubungi saya:

Sms / Whatsapp : 019-473 6020

Thursday 19 September 2013

Bekerja dari Rumah?

Coretan : Wardi Fathi Othman
Gambar : Google



Assalamualaikum....

Perkongsian dari Puan Sifu Akademi Bekerja di Rumah :

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.

b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.

c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.

d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.

e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

f. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.

g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari

wallahualam..

#wardifathiothman#

Wednesday 11 September 2013

Hantar Anak ke taska berdaftar - JKM

Coretan : Wardi Fathi Othman.
Gambar : Google



Perkongsian berita dari Sinar Harian, 12 September 2013.

SEGAMAT - Timbalan Pengarah 1 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor, Datuk Daud Arbah berkata, masyarakat perlu mengambil berat masalah sosial yang membawa impak negatif kepada kanak-kanak.

Beliau juga menasihati ibu bapa terutama ibu tunggal supaya tidak mudah mempercayai orang lain menjaga anak mereka ketika keluar bekerja.

"Sepatutnya, ibu tunggal perlu mencari pendekatan lain seperti meninggalkan anak dengan keluarga sendiri dan pusat asuhan kanak-kanak berdaftar dengan JKM," katanya.

Menurutnya, kes penderaan emosi kanak-kanak biasa diterima JKM kerana ada ibu bapa yang mengalami tekanan hidup melepaskan kemarahan tersebut kepada anak mereka.

"Jika ada perkara begitu, kita akan rujuk kepada pakar psikiatri,” katanya.

Bagaimanapun katanya, masalah keganasan fizikal dan seksual ke atas kanak-kanak di negeri ini di tahap terkawal.

Menurutnya, walaupun keluarga hadapi masalah, keselamatan anak perlu diberi keutamaan, tindakan undang-undang akan diambil jika keluarga terlibat dengan penderaan kanak-kanak.

Selain itu katanya, JKM juga menerima maklumat terdapat pengasuh yang menjaga lebih seorang kanak-kanak, selain anak pengasuh itu sendiri.

"Bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, apabila seseorang menjaga lebih tiga kanak-kanak, mereka perlu berdaftar dengan JKM.

“Setiap pengasuh yang berdaftar dengan JKM akan diberi buku garis panduan perkhidmatan mengasuh kanak-kanak.

"Pengasuh tidak berdaftar boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Menurutnya, JKM akan bertindak tegas jika menerima laporan penderaan dan keganasan terhadap kanak-kanak sama ada kejadian berlaku di pusat asuhan berdaftar atau sebaliknya.

Friday 6 September 2013

WAHM, SAHM, SOHO

Coretan : Wardi Fathi Othman
Gambar : Google

Salam ceria....
Assalamualaikum.....

Akademi Bekerja dari rumah adalah satu kumpulan untuk mereka yang ingin belajar dan memulakan perniagaan secara online. WAHM (Work At Home Mother ) atau SAHM (Stay At Home Mother) mengiktiraf ibu-ibu surirumah yang ingin bekerja menambah pendapatan keluarga atau menjana pendapatan dari rumah.

SOHO (Small Office Home Office) pula adalah satu bentuk perniagaan yang WAHM dan SAHM boleh bina. Ini bermaksud pejabat kecil yang beroperasi dari rumah. Tidak memerlukan sewaan pejabat. Tidak memerlukan ruang yanng besar. Cukup sekadar satu set meja tulis yang dilengkapi dengan set komputer yang dilengkapi dengan pencetak dan juga talian internet.

Semua urusan perniagaan boleh dilakukan secara online. hanya perlu keluar sesekali untuk urusan belian stok atau pengambilan stok. Itu pun tidak semestinya dibuat diluar rumah. Kadang kala kita hanya perlu memesan supaya stok di hantar ke pintu rumah kita.

Didalam Akademi bekerja dari rumah, kami mengajar bagaimana surirumah atau pun sesiapa sahaja yang ingin belajar bagaimana memulakan perniagaan dengan menggunakan aplikasi percuma iaitu blog dan juga facebook. akademi bekerja dari rumah ini mengadakan kelas sacara online. iaitu tidak perlu keluar dari rumah untuk menghadiri kelas dan tidak juga perlu meredah keseakan lalulintas. Ianya boleh dilakukan secara santai daana mengikut kelapangan masa sendiri. Mudah bukan?

Akademi bekerja di rumah menyediakan 2 jenis kelas online, iaitu :-

1) Kelas asas blog penulisan - untuk belajar menulis, berkongsi pengalaman hidup, kepakaran dan kemahiran. Sesuai juga untuk yang sudah ada blog sendiri.  Membina penjenamaan diri dan blog berpengaruh yang suka dibaca pelawat.  Malah ada juga yang hanya berkongsi hobi dan minat.  Dari situ juga lama-kelamaan boleh menjana pendapatan.  Jadikan blog sebagai travelog kisah perjalanan hidup, untuk tatapan anak-anak.

2) Kelas asas blog fanpage - sesuai untuk yang mahu bisnes dan baru hendak memulakan bisnes.  Kalau tiada produk, kami sediakan produk untuk dropship.  Jika ada boleh promosi produk sendiri.

Jika berminat untuk menyertai mana kelas online diatas, boleh hubungi saya semula...

Email : wardifathi.othman@gmail.com
sms / whatsapp : 0194736020

terima kasih.
#wardifathiothman#

Thursday 5 September 2013

Ulasan Kelas Online Asas Blog & Fanpage

Coretan : Wardi Fathi Othman
Gambar : Akademi Bekerja di Rumah

Salam Ceria….
Salam Syawal….

Assalamualaikum….


Alhamdullilah…. Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAh swt di atas nikmat yang diberinya membolehkan menghirup udara di bumi ini. 

Ajal, maut, jodoh pertemuan itu semua ketentuan dari yang maha esa. Allah telah mempertemukan saya dengan seorang insan yang hebat, insan yang tidak pernah kenal erti putusasa ini pada 5 tahun yang lepas. Puan Masayu Ahmad nama diberi. 

Setelah perkenalan, dari masa ke semasa saya berhubung dangan beliau namun itu hanya untuk bertanya khabar berita sahaja.

Namun dari sehari ke sehari, saya membaca ‘posting’ beliau mengenai teknik penulisan, panduan penulisan dalam blog telah membuka hati saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi apa yang beliau ajarkan dalam penulisan blog.

Sebelum saya mengikuti kelas online asas blog bersama Puan Masayu ini, saya telah pun mempunyai blog. Namun blog yang dibuat secara ‘caca marba’ itu hanyalah sekadar perkongsian aktiviti dan sedikit maklumat mengenai tadika saya.

Namun setelah diberikan penerangan oleh puan pengasas Akademik Bekerja di Rumah, telah memberikan saya satu sisi pandangan dan pengetahuan baru mengenai penulisan dalam blog. Teknik dan kaedah yang saya lakukan sebelum ini ternyata kurang dan langsung tidak menyerlah untuk menjadi daya tarikan pembaca. 

Rupanya banyak lagi ilmu yang perlu saya sedut dari beliau. Maka bermulalah episod saya menjadi anak didik beliau. Saya memutuskan untuk mendaftar ‘Kelas Asas Blog dengan fanpage’. Memang banyak lagi ilmu yang saya tidak ketahui mengenai asas blog. 

Penjenamaan dititik beratkan oleh beliau. Namun satu yang paling saya suka, ialah saya tidak perlu keluar dari rumah atau dari pejabat untuk pergi belajar dengan Puan Masayu. Semuanya dilakukan secara online. Ianya boleh dilakukan dalam keadaan santai. Ianya mudah, menjimatkan masa, menjimatkan wang dan sudah tentunya sangat bagus di dalam dunia yang serba serbi kekalutan ini.

Namun apa yang dapat saya simpulkan disini, kenapa kelas online asas blog ini sangat bagus dan dapat memberi bermanfaat utk semua ialah:

1. langkah pertama untuk sesiapa yang mahu memulakan perniagaan.
2. Belajar cara membina blog, fanpage dengan cara yang santai.
2. Jana pendapatan pasif dan aktif.
3. Masa sendiri .tak terikat.
4. Boleh join dropship jika masih belum ada produk untuk dijual.
5. Peluang untuk jadi agen pengiklanan.
6. Boleh bekerja hanya dari rumah atau dimana saja kita berada (asalkan ada laptop dan talian internet.
7. Tak perlu susah payah tinggalkan anak atau mengambil cuti dari majikan untuk dtg kelas
8. Terbuka pada smua xkira yang bekerja atau tidak. Lelaki atau perempuan.

Alhamdulillah, rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan sokongan moral, membuatkan kita turut bersemangat untuk menjalani cabaran demi cabaran. Selain dari kelas online, ini terdapat juga ebook yang dapat membantu menambah pengetahuan dan meluaskan pandangan seperti “Super Wahm Super Mom”.

Akhirkata, setiap apa yang ingin dilakukan perlu ada perancanganmya. 
Jika kita gagal merancang, maka kita telah merancanng unbtuk gagal


Wallahualam…..
#wardifathiothman#

                                         *********######*********

Sertai kami, di Akademi Bekerja di Rumah untuk kelas-kelas berikut:

1. Kelas Asas Blog & Penulisan

Sesuai untuk mereka yang ingin berkongsi pengalaman dan kepakaran.
Membina rangkaian sendiri dengan menyerlahkan bakat melalui blog.
Mengasah bakat penulisan untuk penjenamaan didalam google.

2. Kelas Asas Blog dan Fanpage (bisnes)

Sesuai buat mereka yang baru mula untuk berjinak dalam perniagaan, terutamanya online.
Jika tiada produk, Kami di Akademi Bekerja di Rumah sedia membantu menyediakan produk atau pun boleh mengambil produk ‘Dropship’.

Mulalah sekarang! Setiap kejayaan adalah bermula dengan satu langkah yang kecil!

Untuk pendaftaran, hubungi saya:

Sms / Whatsapp : 019-473 6020

Monday 2 September 2013

Minyak Oh Minyak!

Coretan : Wardi Fathi Othman
Gambar : Google


Salam Ceria....




Assalamualaikum.....
lama tak bersiaran di pagi hari....
dari malam tadi hingga ke pagi ni, rata-rata memperkatakan kenaikan harga minyak petrol. Nak buat macam mana, lagi.
Bagi saya, jalan terus, jangan banyak dipertikaikan... jika harga barang naik, bagi yang makan gaji atau yanng berbisnes sendiri - tiada pilihan melainkan kita berusaha menambah pendapatan sendiri.
Bagi surirumah yang ingin membantu suami menambah pendapatan dan hendak bekerja dari rumah boleh sertai kami di AKEDAMI BEKERJA DI RUMAH. Jom kita jadi working mother at home (WAMH) atau stay mother at home( SAHM) . Atau yang masih makan gaji pun boleh buat SOHO (small office home office). 


Sertai kelas asas blog dan penulisan dan bergabung dengan lebih 100 buah blog lain yang terbina hasil dari kelas asas blog dan penulisan yang dijalankan 100% secara online tanpa ada had batasan masa, tiada had sempadan lokasi mahupun negara.

PM saya di fb 
Wardi Fathi Othman untuk keterangan lanjut dan proses analisa sebelum mendaftar ke kelas asas blog dan penulisan.

Terima kasih.

Wallahualam.....



Friday 23 August 2013

Anak-anakku..... pergilah bermain - 2

Coretan : Wardi Fathi Othman
Gambar : Google

Salam Ceria...
Salam Permata....

Assalamualaikum......

Bila berbicara mengenai anak-anak... kita boleh bercerita 1001 cerita. Tiada sempadan... tiada noktah.. Setiap anak adalah unik, walalupun lahir dari ibu yang sama... dari rahim yang sama.... dari ayah yanng sama...itulah kebesaran ALLAH swt..ALLAHUAKBAR...
Berbalik kepada bicara anak-anak dan gadget it... ini pun 1001 ceritanya. Namun seperti yang telah dikatakan, semua berbali kepada ibu bapa, dimana berfungsi sebagai pemantau, orang yang bertanggungjawab dalam membentuk keperibadian anak-anak.
Cadangan saya, galakanlah anak-anak bermain secara fizikal iaitu bermain di luar rumah. Di sini ada sedikit cadangan :

  • galakan anak bermain di luar rumah sekurang-kurangnya 1 kali sehari.
  • sentiasa beri ingatan mengenai keselamatan semasa bermain di kawsan kejiranan iaitu hanya bercakap dengan orang yang dikenali.
  • didik anak-anak yang keluar bermain di luar, berwaspada dengan orang yang tidak kenali - jangan bercakap atau mengikut orang yang tidak dikenali.
  • cadangakan kepada anak-anak - taman permainan yang selesa dan sesuai untuk mereka bermain.
wallahualam...

#wardifathiothman#

Thursday 22 August 2013

Anak-anakku.... pergilah bermain! - 1

Coretan : Wardi Fathi Othman
Gambar : Google

Salam Ceria...
Salam Permata....

Assalamualaikum.....


Di doakan semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat walafiat. Entri kali ini, adalah ingin menyambung kisah anak-anak beraya... oooopss mungkin bukan kisah anak-anak beraya tetapi kisah bagaimana anak-anak zaman ini beraya.

Sudah tonton, video yang dikongsikan semalam? Sungguh terkesan kan? Lihat bagaimana kesan penggunaan 'gadget IT' terhadap kehidupan harian anak-anak kita. Mereka cukup leka bermain menggunakan gadget teresebut.... mereka adalah pakar ber'muka buku'.... namun mereka bukan pakar ber'sua muka'. Kemahiran sosial mereka berada pada paras paling rendah atau boleh dikatakan langsung tiada.

Ini semua perlu diubah atau di sekatatau di pantau oleh ibubapa. Gadget IT itu tidak bersalah, malah ianya adalah satu kelebihan untuk digunakan dalam menjalinkan silaturrahim. Namun pemantau perlu dibuat supaya ianya tidak disalah gunakan.

Kita sebagai orang dewasa merangkap ibu bapa perlu menggalakan anak-anak kita bersosial secara alami / semulajadi bukan secara maya. Salah satu cara beriteraksi secara semulajadi adalah bermain bersama rakan-rakan. Galakan mereka keluar dari rumah untuk bermain bersama rakan-rakan mereka.

nantikan entri sambungan...

wallahu'alam....

#wardifathiothman#

Wednesday 21 August 2013

Raya Anak-Anak Zaman Sekarang..

Catatan : Wardi Fathi Othman
Gambar : Google

Salam Ceria...
Salam Permata...
Salam Syawal.....

Assalamu'alaikum.....

Syukur alhamdullilah dipanjatkan ke hadrat allah swt.... kita masih lagi bernafas, menghirup udara yang nyaman, dibumi yang amat dan sejahtera ini. Semoga kita bersama-sama mengekalkan keamanan dibumi bertuah ini....
Bagaimana sambutan hariraya tahun ini?
Seronok?
Terlebih seronok?
Kurang seronok atau tidak seronok langsung?

Bila berbicara mengenai keseronokan menyambut hariraya, sudah tentunya kita dapat tidak dapat lari dari berbicara mengenai kanak-kanak. kanak-kanaklah yang paling gembira... paling seronok menyambut hariraya ini. bagi orang dewasa pula, mengimbau kenangan berhariraya ketika zaman kanak-kanak adalah yang paling indah.
Berpakaian baru, tidak kira mahal atau pun murah. di beli di pasar malam atau pun di 'shopping mall'. Semuanya cantik belaka. Mereka  cukup gembira berjalan berpimpinan tangan bersama ibubapa menziarahi rumah sanak-saudara.....
tapi itu dulu....
semua sekadar satu kenangan yanng ada dalam lipatan kenangan...
Pernah tonton iklan hariraya MAXIS?
Mari sama-sama kita tonton video ini terlebih dulu....
Coretan ini kita sambung lain masa pula ya..... :-)



#wardifathiothman#

Monday 19 August 2013

Mari Bermain Ibu... Mari Bermain Ayah...

Coretan : Wardi Fathi Othman
Gambar : Google

Salam ceria...
Salam Permata....

Assalamu'alaikum....


Bermain bukan sahaja memberi manafaat kepada kanak-kanak, malah juga memberi manfaat kepada orang dewasa. Kita selalu mengaitkan bermain hanya untuk kanak-kanak..

"Eh! engkau ni... asyik-asyik main...asyik-asyik main... tak ada kerja lain ke"
biasa mendengarnya? itulah prasa kegemaran ibu-ibu dan juga guru-guru. Bermain dan kanak-kanak adalah seperti irama dan lagu, seperti aur dengan tebing, bagaikan isi dengan kuku. tidak boleh di pisahkan. 
Anak-anak yang aktif adalah anak-anak yang sihat, anak-anak yang normal. Oleh itu jika anak-anak kita aktif bermain, janganlah risau. Itu menandakan anak kita sihat.
Namun yang perlu ibubapa risaukan, jika anak-anak tidak bermain atau tidak aktif. Itu adalah satu petanda yang kurang baik. Lebih baik ibubapa bertindak segera, mengenal pasti punca masalah anak-anak tidak aktif atau tidak minat bermain.
Kajian mengenai kesan bermain bersama ibu atau bapa ke atas perkembangan kanak-kanak adalah seperti berikut :

  1. kanak-kanak yang bermain bersama bapa didapati mempunyai daya imaginasi dan kemahiran kognitif yang lebih tinggi.
  2. kanak-kanak yang bermain bersama ibu didapati mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan ibu, mempunyai perkembangan yang lebih positif.
  3. apabila mereka ini membesar, kanak-kanak ini gemar terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Mereka selesa dan tidak kekok untuk berada dalam kumpulan yang besar, mempunyai kesihatan mental yanng baik dan juga sudah semestinya mempunyai hubungan kekeluargaan yang lebih rapat.
wallahu'alam...


Sunday 18 August 2013

Antara Taska, Pengasuh Dan Bibik.....

Wardi Fathi Othman

Salam ceria...
Salam Permata....

Assalamu'alaikum....


KEHIDUPAN sekarang terlalu mencabar sehingga kedua-dua ibu bapa harus bekerja, untuk masa depan sekeluarga.

Bila kedua-duanya bekerja, anak-anak yang masih kecil mahu atau tidak, terpaksa ditinggalkan sama ada di taska, di bawah pemerhatian bibik di rumah, atau kepada pengasuh.

Namun, dewasa ini, terlalu banyak cerita negatif tentang taska, bibik dan pengasuh.

Satu ketika dulu, saya pernah menerima e-mel dilampirkan dengan gambar kanak-kanak taska yang tidak seorangpun mukanya tidak ditekap dengan batal atau kain.

Saya tidak pasti, sama ada kanak-kanak tersebut dipaksa berbuat demikian atau melakukannya atas kerelaan sendiri.

Walaupun bukan gambar kanak-kanak didera, namun naluri keibuan saya tetap tersentak. Mengapa?

Bayangkan jika ada di antara anak-anak ini yang memberontak untuk melakukannya tetapi tetap dipaksa juga...

Bagaimana jika pengasuh di taska tidak dapat mengawal emosi lalu berlaku sesuatu tanpa diduga!

Saya bukan berfi kiran negatif. Andai seorang dua yang menutup kepala menggunakan tuala, selimut atau bantal, mungkin itu habit. Tapi kalau majoriti melakukannya?

Ia lebih terlihat kepada paksaan supaya anak-anak ini tidur.

Fikirkan...bayi yang ditutup mukanya dengan bantal. Andai lemas...adakah galang ganti nyawanya?

Ibu bapa memberi kepercayaan kepada taska untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga anak-anak sementara mereka bekerja. Dan ia bukan percuma!

Seikhlasnya ibu bapa membayar, sebegitu jugalah ibu bapa berharap pengasuh sama ada di taska, di rumah atau di mana-mana, akan menjaga anak-anak mereka.

Mendengar, membaca dan melihat kes-kes yang berlaku, hari ini menghantar anak-anak ke taska, meninggalkan pada pembantu rumah atau pengasuh umpama perjudian mempertaruh kehidupan anak-anak demi meneruskan kelangsungan hidup.

Antara taska, bibik dan pengasuh ada pro dan kontranya yang pasti setiap ibu bapa mempunyai alasan tersendiri memilih kemudahan yang ada.

Apa yang penting walau siapa pun yang mengambil alih tanggungjawab sementara menjaga anak-anak, lakukanlah dengan ikhlas, pandanglah mereka sebagai memandang anak sendiri

Anak-anak kecil memanglah tidak boleh total mengikut arahan kerana kita semasa kecil juga sebegitu. Ia bermula daripada meniarap, merangkak, berjalan dan bukan terus berlari dan berakal!


petikan artikel dari - http://www.sinarharian.com.my/rencana/antara-taska-bibik-dan-pengasuh-1.179902

Saturday 17 August 2013

Perkembangan Bayi Dari Lahir Hingga Dua Tahun - 3

Wardi Fathi Othman

Salam Ceria...
Salam Permata....

Assalamu'alaikum....

Sambungan Tahap-tahap Pertumbuhan Bayi Adalah Seperti Berikut:

9 hingga 12 bulan
• Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
• Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
• Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
• Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
• Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
• Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
• Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.

Tip: Mengajak anak bermain ‘sembunyi-sembunyi’ akan merangsangnya menjadi lebih fokus ketika melihat. 

12 hingga 24 bulan
• Pada peringkat ini kanak-kanak biasanya sudah pandai berkata-kata. Contohnya. “Mana mama?”
• Ketika bercakap, mereka akan fokus terhadap apa yang mereka cakapkan itu.
• Semasa membaca buku bersama, mereka akan turut menyebut nama objek-objek yang ada di dalamnya.
• Kanak-kanak dua tahun juga semakin pandai naik dan turun tangga.
• Boleh membuka zip yang bersaiz besar.
• Sudah pandai melukis.
• Semakin pandai memegang dan menggunakan sudu.

Tip: Beri anak anda sudu dan garpunya sendiri ketika makan untuk merangsang kemahirannya memegang sesuatu benda.

Friday 16 August 2013

Perkembangan Bayi Dari Lahir Hingga Dua Tahun - 2

Wardi Fathi Othman

Salam Ceria...
Salam Permata....

Assalamu'alaikum....

Sambungan Tahap-tahap Pertumbuhan Bayi Adalah Seperti Berikut:
3 hingga 6 bulan
• Pada usia 14 minggu, bayi sudah boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
• Bayi juga boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
• Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
• Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
• Genggaman tangan bayi mulai kejap dan kemahiran motornya kian mantap.
• Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.
Tip: Menyanyi akan menceriakan bayi anda dan merangsang kemahiran lisannya. Jadi, ajaklah anak tepuk tangan dan gerakkan badannya mengikut rentak muzik.
6 hingga 9 bulan
• Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
• Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
• Bayi juga mulai merangkak.
• Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
• Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, rak, meja dan sebagainya.
• Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
• Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.
Tip: Ajar anak menyebut perkataan yang mudah seperti mama dan papa untuk merangsang kemahirannya bercakap.


Thursday 15 August 2013

Perkembangan Bayi Dari Lahir Hingga Dua Tahun - 1

Wardi Fathi Othman
Salam Ceria..
Salam Permata....
Assalamu'alaikum...

Perkembangan Bayi Dari Lahir Hingga Dua Tahun
Sebagai ibu bapa, memang seronok melihat anak-anak membesar dengan sihat dan bijak. Daripada lahir sehingga umur mereka dua tahun, pelbagai keletah dan kerenah dapat diperhatikan. Sesetengahnya mencuit hati dan adakalanya membuatkan anda berasa bangga menjadi ibu bapa mereka. Sebolehnya, kita mahu berada di sisi ketika mereka melakukan sesuatu buat kali pertama seperti ketawa, berdiri sendiri, berjalan, mengucapkan perkataan, memanggil mama atau papa dan sebagainya.
Biasanya, perkembangan awal kanak-kanak diukur daripada pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya.  Bayi baru lahir akan diukur berat dan tingginya untuk dicatatkan dalam carta supaya boleh dijadikan rujukan. Carta ini digunakan untuk mengetahui sama ada seseorang bayi itu membesar secara normal atau tidak.

Tahap-tahap Pertumbuhan Bayi Adalah Terbahagi kepada Berikut:

  1. 0 hingga 3 bulan
  2. 3 hingga 6 bulan
  3. 6 hingga 9 bulan
  4. 9 hingga 12 bulan
  5. 12 hingga 24 bulan

  1. 0 hingga 3 bulan
Berupaya bertindak balas jika anda menyentuhnya dengan lembut pada pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
• Dalam tempoh ini juga, kemahiran motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
• Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
• Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
• Pada usia lapan  minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
• Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia tujuh hingga lapan minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
• Pada usia sembilan minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.

Tip: Beri bayi anda alat permainan yang mengeluarkan bunyi untuk merangsang kemahiran pendengarannya.


Tuesday 6 August 2013

Selamat malam si Kecil Mama - 3

Coretan : Wardi Fathi Othman

Assalamualaikum...
Salam ceria...
Salam ramadhan....

Kajian menunjukkan 60 peratus kematian mengejut bayi boleh dielakkan sekiranya ibu bapa mempunyai maklumat dan ilmu mengenai keselamatan bayi terutama ketika tidur. Panduan berikut mungkin boleh membantu anda:


a.     Jangan merokok dalam bilik yang ada bayi sedang tidur
b.     Sentiasa tidurkan bayi dalam keadaan terlentang dan bukan meniarap atau mengiring. Jika bayi tidur meniarap, pastikan anda mengawasi posisinya daripada masalah tidak boleh             bernafas.
c.     Jangan biarkan anak terlalu panas. Biarkan kepalanya tanpa bertopi atau jangan guna bantal ketika tidur.
d.     Jangan tidur dengan bayi di atas sofa atau kerusi malas.
e.     Tempat paling Selamat untuk menidurkan bayi adalah di dalam katil bayi di dalam bilik ketika enam bulan pertama usianya.  

wallahu'alam.....

petikan dari http://pama.karangkraf.com/bayi/panduan-tidur-selamat-bayi-1.190157

Monday 5 August 2013

Semuanya Bermula Di Rumah

Coretan : Wardi Fathi Othman

Assalamu'alaikum....
Salam ceria...
Salam Ramadhan....

Hari-hari berlalu tanpa disedari, kita hampir ke penghujung Ramadhan. Hanya tinggal beberapa hari lagi, kita akan menyambut Syawal. Persiapan untuk menyambut Syawal, nampaknya semakin rancak. Kelihatan di pusat membeli belah, ekspo dan kedai-kedai di penuhi dengan ibubapa, orang ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli barang keperluan untuk menyambutnya.

Namun, dalam kesibukan persiapan berhari raya perlulah diingatkan supaya membeli secara berhemah. Jangan sedap membeli sehingga terlebih pula perbelanjaan. Sambutlah Adilfitri ini dengan kesederhanaan kerana Allah tidak suka pembaziran. Membazir itu sahabatnya syaitan.

Begitu juga dalam mendidik anak. Jangan terlalu keras, namun jangan pula terlalu lembut. Perlu kesederhanaan. Mendidik anak perlu ada 'role model'. 'Role model' yang terdekat dengan anak-anak adalah ibubapa sendiri.

Jika mahu anak-anak rajin membaca, maka ianya perlulah bermula dari rumah. Ibubapa sendiri perlu rajin membaca bersama anak-anak. Barulah anak-anak mendapat ransangan untuk rajin membaca di rumah.

"Cikgu, anak saya tak mau bacalah!"
"Setiap kali saya suruh anak membaca, mesti dia memberi seribu satu alasan untuk tidak membaca!"
Ini adalah ucapan yang kerap kali cikgu terima dari para ibubapa semasa perjumpaan atau pun semasa mereka datang ke tadika. Kenapa ya?

Membaca adalah sesuatu yang menyeronokan bagi mereka yang dapat menikmati apa yang dibaca. Membaca juga perlu untuk anak-anak menambah ilmu pengetahuan. Membaca adalah penting untuk meransang kecerdasan otak anak-anak (bukan saja anak2 tapi orang dewasa juga!)

Namun itu bukanlah syarat wajib untuk kita membaca. Bagi anak-anak, membaca perlu ada dorongan dan ransangan.

Bagaimana dorongan dan ransangan ini di lakukan? Selalu kita mendengar pepatah "Bapak borek, anak rintik" kan! Jadi, untuk memberi ransangan atau pun dorongan maka pepatah ini perlu diaplikasikan di dalam situasi rumah.

Bagaimana kita mahu anak-anak membaca di rumah, jika mereka melihat ibu atau bapa juga tidak membaca di rumah? Bagaimana mereka ingin membaca jika suasana di rumah tidak sesuai untuk mereka membaca? Maka di sinilah peranan ibubapa untuk mewujudkan budaya membaca di rumah! Ibubapa adalah contoh teladan yang paling baik untuk anak-anak!

Jika kita mahu anak-anak rajin membaca ketika di rumah, maka ianya perlulah dimulakan oleh ibu bapa itu sendiri. Kepada ibubapa, cikgu menyarankan, peruntukan sedikit masa dan kewangan untuk meransang minat anak-anak membaca! Belilah bahan bacaan yang sesuai untuk mereka dan juga ibubapa, peruntukanlah sedikit waktu dalam seminggu untuk membaca bersama-sama dengan anak-anak.

Untuk anak-anak yang masih kecil, masih tidak tahu membaca, maka ibubapa boleh membacakan buku kegemaran mereka. Wujudkan suasana membaca menjadi suasana yang menceriakan.

Saturday 3 August 2013

Belon Rangsang Koordinasi Anak

Coretan : Wardi Fathi Othman.
Assalamu'alaikum.....
Salam Ceria...
Salam Ramadhan.....

Belon yang berwarna-warni memang sering menjadi perhatian anak-anak sejak usia bayi lagi. Tahukah anda bayi yang masih kurang kawalan koordinasinya boleh dirangsang dengan bantuan permainan termasuk belon.


Letakkan belon kecil yang diikat dengan reben di pergelangan tangan anak (jangan terlalu ketat). Jika masih usia bayi, pastikan belon tersebut tidak boleh dicapai olehnya.

Bantu anak untuk menggerakkan tangannya, dengan cara ini dia dapat melihat tindak balas belon ke atas dan ke bawah sekata dengan pergerakan tangannya.

Jika anak sudah boleh berjalan, biarkan dia bermain dengan belon tersebut yang menarik perhatiannya. Tetapi jangan tinggalkan anak sendirian kerana bimbang jika belon itu meletup, anak akan mengutip dan memasukkan serpihan belon tersebut ke dalam mulutnya.

Sekali-sekala cuba tiup belon itu agar ia bergerak seiring dengan hembusan angin. Anda akan perhatikan mata anak akan mengikut ke mana sahaja arah belon itu pergi.

Hak Kanak-kanak Dalam Islam - 2

Coretan : Wardi Fathi Othman

Assalamu'alaikum....
Salam Ceria...
Salam ramadhan.....

Sambungan....

iv. Mengajar al-Quran
Rasulullah SAW sangat menekankan kepada ibubapa agar mengajarkan al-Quran kepada anak-anak .Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tabrani yang bermaksud :"Didiklah anak-anak kanu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabi kamu, cintakan keluarga nabi kamu dan mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran akan dinaungi oleh arash Allah pada hari yang tidak ada naungan selian darinya bersama para nabi-nabi dan pembantunya."

v. Mendidik mengenali kejadian ala miniI
bubapa seharusnya mendidik anak-anak supaya mengenali kejadian ala mini serta mengambil iktibar daripadanya.Manusia perlu memahami hubungannya dengan alam sekeliling yang telah dijadikan oleh Allah untuk manfaat manusia.

vi. Mendidik dengan akhlak yang mulia.
Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anaknya dengan akhlak yang mulia seperti bersifat amanah, jujur,ikhlas,menghormati orang tua,menunaikan haji,bercakap benar,beradab ketika makan dan minum,memilih makanan yang halal,suka kepada perbuatan kebajikan dan ma'aruf,sentiasa mencari kebenaran dan keadilan,benci sifat keji,kezaliman dan kerosakan harta benda.Islam juga menyeru ibubapa supaya mengajar anak-anak meminta izin sebelum memasuki bilik ibubapa dalam waktu-waktu yang tertentu.Selain dari itu,ibubapa haruslah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.

vii. Pembentukan tubuh badan yang sihat dan kuat.
Islam menggalakkan kanak-kanak dilatih sejak kecil lagi dengan latihan jasmani supaya kanak-kanak tersebut menjadi sihat dan kuat.Pepatah arab ada menyebutkan :"akal yang baik lahir dari tubuh badan yang sihat".

wallahu'alam.....