Coretan : Wardi Fathi Othman
Salam Ceria....
Salam Ramadhan....
Sambungan......
Mudah
meminta maaf dan memaafkan.
Galakkan anak untuk meminta maaf apabila telah melakukan kesalahan. Jadikan
ungkapan meminta maaf sebagai satu kebiasaan. Ini akan membuatkan dia lebih
disenangi dalam pergaulannya.
Memberikan pujian.
Berikan pujian berbanding kritikan apabila anak melakukan perkara yang betul.
Bagi anak-anak, pujian adalah kata-kata yang menakjubkan. Biarkan anak tahu
bahawa anda sangat bangga apabila dia menunjukkan sikap yang sopan setiap masa.
Kongsi permainan dengan kanak-kanak lain.
Berikan kata-kata pujian apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain.
Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya disukai ramai.
Jangan terlalu inginkan hasil yang cepat.
Melatih anak mengenai budi bahasa bukan suatu yang mudah. Dalam tempoh itu
pelbagai kesalahan dilakukan. Ia merupakan suatu proses percubaan sama ada
boleh dilakukan atau tidak. Anak akan belajar dari kesilapannya.
Menggunakan penggunaan ayat yang betul.
Jika anak menggunakan perkataan. ‘ Adik mahu air,’ betulkan penggunaan ayatnya
dan berkata, ‘ Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?’ dan minta anak anda ulangi
ungkapan tadi.
Duduk di meja dengan kedudukan yang sopan.
Jangan membuat bising dan makan dengan sopan supaya tiada makanan atau
minuman yang tumpah. Paling penting, jangan bergaduh di meja makan.
Bersambung......
Wallahu'alam....
No comments:
Post a Comment