Coretan : Wardi Fathi Othman
Salam Ceria......
Salam Permata.....
Salam Ramadhan.....
2. Memberi rangsangan yang sesuai
1. Bermain permainan yang mendidik.
Ibu bapa yang penyayang sering membelikan bermacam-macam permainan kepada anak-anak mereka. Bagaimanapun, tidak ramai yang membelikan anak-anak mereka permainan-permainan yang sesuai dan membina kematangan berfikir dan psikomotor mereka.
Biasanya, pistol dan senapang
sahaja yang dibelikan kepada anak lelakinya ataupun anak patung sahaja yang
dihadiahkan kepada anak perempuannya. Jarang sekali ibu bapa yang prihatin
membeli permainan yang merangsang minda atau permainan yang melatih koordinasi
mata dan tangannya.
Sebenarnya permainan seperti Lasy, lego, atau permainan
membina blok sangat penting untuk melatih koordinasi mata tangan dan melatih memberi
tumpuan. Bahkan bermain sambut bola atau menangkap bola yang sedang bergerak
juga amat berguna. Dua kemahiran ini, koordinasi mata-tangan dan memberi
tumpuan, sangat berguna apabila anak kecil anda belajar membaca nanti.
2. Mewujudkan budaya membaca di rumah.
Budaya yang baik di rumah sebenarnya dapat merangsang minat membaca. Pastikan setiap ahli keluarga mempunyai masa untuk membaca bersama, selain membaca al-Quran, supaya anak kecil anda dapat menghayati suasana tersebut.
Ada sesetengah keluarga mewujudkan perpustakaan
mini di rumah di mana-mana sudut tertentu. Selain membaca surat khabar ,
majalah dan buku-buku, ibu bapa haruslah bercerita dan berbual mengenai apa
yang dibaca atau dilihatnya. Ini akan menarik minat anak-anak untuk mengetahui
apa yang berlaku dan secara tidak langsung menimbulkan perasaan ingin membaca
apa yang ditulis mengenai gambar atau tajuk berita.
(Nota: tips ini di petik dari laman web Readnetwork dan ianya
ditulis oleh Encik Othman Ahamad - Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku
dan ReadEasy)
No comments:
Post a Comment