Thursday, 25 July 2013
Si Kecil Petah Berbicara - 2
Coretan : Wardi Fathi Othman
Salam Ceria...
Salam Ramadhan....
Salam Permata....
Anak kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika mahu anak anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu anak anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya. Disini ada beberapa panduan yang boleh digunakan oleh ibubapa sekalian untuk meransang anak-anak petah berbicara...
1. Pengulangan
Si kecil anda cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar si kecil anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan si kecil anda mendengar.
Jika anda lakukan secara kerap, si kecil anda akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan si kecil anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda si kecil anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajaran yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.
2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa si kecil yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat si kecil comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa si kecil anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk si kecil anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila si kecil anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.
bersambung......
Wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment