Thursday, 4 July 2013

Anak Bijak Membaca - Bahagian 1

Coretan Wardi Fathi Othman

Salam Ceria.....
Salam Permata....
Salam 1 Malaysia.........

Semua ibubapa mahu anak mereka pandai membaca. Semua ibubapa mahu anak bijak dalam pelajaran. Anak-anak yang bijak sering di perbualkan semasa sessi 'mesyuarat tingkap'. Apatah lagi jika anak-anak dapat membaca pada usia muda.

Selalunya, terutama di musim cuti sekolah, sepupu-sepapat, anak sedara-jauh dan dekat berkumpul. Maka akan keluarlah cerita mengenai anak sipolan, si anu yang pandai, periksa UPSR semuanya dapat A. Ibubapa yang mana anak2nya pandai, senyum panjang sampai ke telinga tapi bagi ibubapa yang anaknya kureeeeng... tersenyum jugak... tapi pahit dan kelat! Biasa dengan senario ini? he! he! he! Saya percaya mesti ada yang tengah trsenyum di waktu membaca artikel ini!

Kadang-kadang kita sebagai ibu dan bapa - terutama ibu (kerana lebih byk berkomunikasi dgn anak) selalu mengeluh. Bila nak ajar anak-anak di rumah, selalu tak menjadi, selalu tak kena. Selalunya alasan adalah anak tak mahu mengikut kita.

Di sini saya senaraikan beberapa kesilapan biasa yang dilakukan oleh ibubapa semasa mengajar anak membaca di rumah:
1. Ibubapa mengajar membosankan - asyik suruh baca kemudian ulang, baca kemudian ulang - tiada kreativiti dalam mengajar anak.
2. Ibubapa mengajar garang sangat macam singa - pantang sebut salah, terus diherdik.
3. Ibubapa mengajar caca merba. Tak ada kaedah atau tidak bersistematik.
4. Ibubapa mengajar tak kena masa - contohnya mengajar waktu ada rancangan tv yang anak suka.
5. Ibubapa mengajar tak kena tempat. - depan tv atau dekat dgn tingkap.
6. Ibubapa mengajar tak guna pendekatan psikologi.

Ini adalah antara kesilapan-kesilapan biasa yang dilakukan oleh ibubapa lakukan. Jadi, fikir-fikirlah akan jalan penyelesaiannya.

No comments:

Post a Comment