Coretan : Wardi Fathi Othman
Salam ceria.......
Salam Permata ........
Salam Ramadhan........
Bagaimana caranya?
1. Tanam minat membaca
sejak lahir lagi melalui:
1. Penggunaan
bahasa yang baik.
Anak-anak yang baru lahir memang lumrahnya
mula melihat sekelilingnya dengan penuh minat. Antara perkara utama yang
dipelajarinya ialah bahasa dan ucapan orang-orang di sekelilingnya.
Oleh itu
ibu bapa haruslah bercakap dengan anak-anak mereka! Dalam satu kajian yang
dibuat di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu, ibu bapa di KL hanya bercakap
dengan anak-anak mereka selama 7 minit seminggu! Bayangkan.
Oleh sebab itulah
kanak-kanak yang lambat dapat bercakap berpunca, di antaranya, daripada
kurangnya komunikasi di antara ibu bapa dengan mereka pada usia kecil.
Kesannya, anak-anak ini akan belajar berbahasa dengan bahasa rakan mereka atau
bahasa yang dipertontonkan melalui program-program TV yang berupa karton dan
sebagainya. Bahasa rojak ini tidak membantu membina kemahiran berbahasa mereka
dan akan menyebabkan mereka kurang keyakinan apabila berbahasa atau apabila
belajar membaca nanti. Oleh itu bercakaplah dengan anak-anak menggunakan bahasa
yang baik, jelas dan santun.
2. Bercerita.
Kanak-kanak sangat sukakan cerita. Mendengar cerita adalah antara aktiviti di rumah yang dapat menanam minat kepada buku. Saya masih teringat bagaimana seorang nenek membacakan sebuah buku cerita kepada cucunya yang baru berusia 6 bulan di atas keretapi bawah tanah di Toronto.
Walaupun anak kecil itu masih belum dapat duduk dengan baik, dia sudah
dibacakan buku cerita. Kanak-kanak seawal usia 12 tahun, apabila mereka mula
memahami bahasa dan dapat bercakap, mula meminati aktiviti bercerita.
Melalui
aktiviti bercerita secara lisan, sebelum tidur terutamanya, sehingga membaca
buku-buku cerita bergambar, minat membaca anak-anak dapat dipupuk. Mulalah
dengan bercerita menggunakan buku-buku cerita yang cantik dan menarik
lukisannya.
Sambil bercerita, pastikan
jari kita menunjuk kepada tulisan yang dibaca walaupun mata anak kita hanya
melekat pada gambar-gambar di buku.
Satu hari nanti dia akan sedar bahawa
tulisan pada buku cerita itu sangat penting dalam menceritakan gambar yang
dilihatnya. Melalui bercerita jugalah minat untuk membaca dapat dipupuk. Oleh
itu tidak hairanlah kanak-kanak yang dirangsang dengan baik mempunyai minat untuk
belajar membaca seawal usia 3 tahun lagi.
(Nota: tips ini di petik dari laman web Readnetwork dan ianya
ditulis oleh Encik Othman Ahamad - Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku
dan ReadEasy)
No comments:
Post a Comment