Coretan : Wardi Fathi Othman
Salam Ceria.....
Salam Ramadhan.....
Apapun,
jika inginkan kejayaan anak, ibubapa perlu membuat peraturan menonton
televisyen dan bermain ‘gadget IT’ untuk anak.
Hadkan
waktu menonton dan bermain ‘gadget IT’ bagi membolehkan masa yang ada digunakan
untuk mengulangkaji pelajaran, membuat kerja rumah dan beriadah.
Selain
itu, ibubapa perlu mengawasi pendedahan anak kepada permainan video dan
internet.
Anda
boleh membuat peraturan tidak membenarkan atau menghadkan waktu anak menonton
televisyen atau menggunakan ‘gadget IT’ ketika minggu persekolahan.
Mereka
cuma boleh menonton atau bermain gadget pada waktu hujung minggu atau jika mahu
memberi kelonggaran, mereka juga boleh berbuat demikian pada Jumaat iaitu
hujung minggu persekolahan.
Syaratkan
supaya anak cuma boleh menonton atau bermain selepas menyiapkan kerja sekolah
dan mengulang kaji pelajaran atau waktu bermain pada jam tertentu.
Semaikan
minat membaca dalam diri anak sejak kecil. Selain memperbanyakkan amalan bacaan
al-Quran sewaktu mengandung, ibu boleh membacakan cerita untuk anak dalam
kandungan bagi membiarkan ia terbiasa dengan suara ibu.
Ketika
anak masih kecil, belikan bahan bacaan berwarna dan mempunyai ilustrasi menarik
bagi menarik minat anak. Luangkan masa membaca buku cerita untuk anak. Cara itu
dapat meningkatkan kemampuan otak anak dan memperbanyakkan perbendaharaan
katanya.
Terbit
perasaan ingin tahi mengenai kesudahan cerita hingga membuatkan anak menumpukan
sepenuh perhatian terhadap penceritaan anda. Perasaan ingin tahu itu mendorong
mereka untuk bertanya dan membuat andaian cerita selanjutnya.
Sesekali,
tanya si kecil apa kemungkinan yang berlaku pada pengakhiran cerita bagi
merangsang daya imaginasi anak. Mereka akan berusaha mencari jawapan sendiri
membuatkan otak sentiasa berfikir.
Wallahua'lam.....
No comments:
Post a Comment