Salam Ceria....
Salam Ramadhan....
Melihat kanak-kanak ketawa, bermain, kadang-kadang membuat saya tersenyum sendiri. Dalam riuh rendah mereka bermain, berbagai gelagat yang kita perhatikan.
Jangan dihalang...
Jangan di arah...
Jangan campur tangan ketika mereka bermain.
Hanya pantau sahaja....
Jadikan diri kita sebagai 'pemudah cara'. Biar mereka menentukan sendiri arah bermain mereka.
Bermain akan lebih bermanfaat jika ia :-
- aktiviti yang bermotivasi instrinsik dan dibuat semata-mata untuk kepuasan.
- permainan yang dipilih secara bebas mengikut kehendak kanak-kanak sendiri.
- ianya mestilah membawa keseronokan dan tiada unsur paksaan.
- ianya mengandungi unsur imaginasi agar dapat membantu memenuhi keperluan dan kepuasan bermain.
- ianya merupakan aktiviti fizikal.
Assalamu'alaikum wbt, ya saya setuju..adakalanya anak-anak jadi lebih seronok jika sy turut serta bermain dlm permainan mereka..:)
ReplyDeletewa'alaikumussalam Puan Faridah yang dikasihi allah swt.... betul kata puan itu. :-)
Delete