Coretan Wardi Fathi Othman
Salam Ceria.......
Salam Permata.....
Salam 1 Malaysia.....
Kaedah fonetik menekan penguasaan hubungkait di antara
huruf-huruf dan bunyi-bunyinya. Kajian telah menunjukan bahawa otak manusia
membaca dengan membunyikan bunyi huruf-huruf bukan membunyi nama-nama huruf.
Oleh sebab sebutan perkataan bahasa melayu memang terbit secara langsung
daripada gabungan bunyi-bunyi huruf, mengajar membaca menggunakan kaedah
fonetik adalah antara yang terbaik.
Tambahan pula kaedah fonetik hanya mensyaratkan kanak-kanak
mengenal dan mengingat hanya 25 huruf dan bunyinya sahaja. Ini berbeza dengan
kaedah suku kata atau mengeja yang mana kanak-kanak perlu mengenal nama huruf
atau mengingat berpuluh-puluh pola suku kata yang sangat membebankan
kanak-kanak. Kaedah fonetik sebaliknya amat mudah, cepat, lancar dan sejiwa
dengan kanak-kanak seawal usia 3 tahun.
Bagi pendapat peribadi saya sendiri, yang telah menggunakan
kaedah ini sepenuhnya sejak 2003 lagi. Ianya amat berkesan dalam mengajar
anak-anak membaca terutamanya anak-anak yang lemah atau sedikit lembab (slow
learner). Ini kerana, anak-anak ini tidak perlu menghafal nama-nama huruf untuk
membaca. Mereka hanya perlu mengingat simbol huruf dan bunyinya sahaja. Jadi
langkah pembelajaran telah di permudahkan. Jangan risau jika anak-anak ini
tidak mengenal nama huruf-huruf. Bagi saya, nama huruf hanyalah nama sahaja.
Ianya tidak membawa sebarang bunyi untuk dibaca. Yang penting, dengan
mengunakan kaedah fonetik, anak-anak ini dapat membaca dengan lancar bersama
intonasi yangn sesuai.
No comments:
Post a Comment