Showing posts with label Pemakanan Anak Cerdas. Show all posts
Showing posts with label Pemakanan Anak Cerdas. Show all posts

Tuesday, 1 October 2013

Gadget IT: Membawa kebaikan atau keburukan?

coretan : Wardi Fathi Othman
Gambar : Google

Assalamualaikum...
Salam Ceria...
Salam Permata....



Apa khabar? Alhamdullilah, allah masih memberi peluang untuk kita berkongsi maklumat, berkongsi menghirup udara, berkongsi negara Malaysia yang aman dan damai ini. Semoga kita semua boleh meneruskan perkongsian ini dalam keadaan yang aman damai... insya allah.
Gadget IT sekarang dilihat sebagai satu keperluan didalam kehidupan seharian. Rata-rata dapat dilihat penggunaannya, tidak kira peringkat usia. Bagi orang dewasa, gadget IT telah menjadi alat komunikasi yang tidak kurang penting dalam urusan seharian. Malahan kanak-kanak juga telah dilanda 'jangkitan' yang sama. Apakah kesan 'jangkitan' ini terhadap kanak-kanak?
Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah. 
Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.
Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak. 
Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’. Kesan-kesan lainnya;
1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.
2. Perkembangan bahasa mereka lemah
3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.
4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.
5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka.

sekadar perkongsian...
wallahualam...

#wardifathiothman#
Panduan Ransang Anak Bijak


     *********######*********

Pendaftaran Kelas Asas blog  masih giat berlangsung, Sertai kami, di Akademi Bekerja di Rumah untuk kelas-kelas berikut:

1. Kelas Asas Blog & Penulisan

Sesuai untuk mereka yang ingin berkongsi pengalaman dan kepakaran.
Membina rangkaian sendiri dengan menyerlahkan bakat melalui blog.
Mengasah bakat penulisan untuk penjenamaan didalam google.

2. Kelas Asas Blog dan Fanpage (bisnes)

Sesuai buat mereka yang baru mula untuk berjinak dalam perniagaan, terutamanya online.
Jika tiada produk, Kami di Akademi Bekerja di Rumah sedia membantu menyediakan produk atau pun boleh mengambil produk ‘Dropship’.

Mulalah sekarang! Setiap kejayaan adalah bermula dengan satu langkah yang kecil!

Untuk pendaftaran, hubungi saya:

Sms / Whatsapp : 019-473 6020

Monday, 5 August 2013

Semuanya Bermula Di Rumah

Coretan : Wardi Fathi Othman

Assalamu'alaikum....
Salam ceria...
Salam Ramadhan....

Hari-hari berlalu tanpa disedari, kita hampir ke penghujung Ramadhan. Hanya tinggal beberapa hari lagi, kita akan menyambut Syawal. Persiapan untuk menyambut Syawal, nampaknya semakin rancak. Kelihatan di pusat membeli belah, ekspo dan kedai-kedai di penuhi dengan ibubapa, orang ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli barang keperluan untuk menyambutnya.

Namun, dalam kesibukan persiapan berhari raya perlulah diingatkan supaya membeli secara berhemah. Jangan sedap membeli sehingga terlebih pula perbelanjaan. Sambutlah Adilfitri ini dengan kesederhanaan kerana Allah tidak suka pembaziran. Membazir itu sahabatnya syaitan.

Begitu juga dalam mendidik anak. Jangan terlalu keras, namun jangan pula terlalu lembut. Perlu kesederhanaan. Mendidik anak perlu ada 'role model'. 'Role model' yang terdekat dengan anak-anak adalah ibubapa sendiri.

Jika mahu anak-anak rajin membaca, maka ianya perlulah bermula dari rumah. Ibubapa sendiri perlu rajin membaca bersama anak-anak. Barulah anak-anak mendapat ransangan untuk rajin membaca di rumah.

"Cikgu, anak saya tak mau bacalah!"
"Setiap kali saya suruh anak membaca, mesti dia memberi seribu satu alasan untuk tidak membaca!"
Ini adalah ucapan yang kerap kali cikgu terima dari para ibubapa semasa perjumpaan atau pun semasa mereka datang ke tadika. Kenapa ya?

Membaca adalah sesuatu yang menyeronokan bagi mereka yang dapat menikmati apa yang dibaca. Membaca juga perlu untuk anak-anak menambah ilmu pengetahuan. Membaca adalah penting untuk meransang kecerdasan otak anak-anak (bukan saja anak2 tapi orang dewasa juga!)

Namun itu bukanlah syarat wajib untuk kita membaca. Bagi anak-anak, membaca perlu ada dorongan dan ransangan.

Bagaimana dorongan dan ransangan ini di lakukan? Selalu kita mendengar pepatah "Bapak borek, anak rintik" kan! Jadi, untuk memberi ransangan atau pun dorongan maka pepatah ini perlu diaplikasikan di dalam situasi rumah.

Bagaimana kita mahu anak-anak membaca di rumah, jika mereka melihat ibu atau bapa juga tidak membaca di rumah? Bagaimana mereka ingin membaca jika suasana di rumah tidak sesuai untuk mereka membaca? Maka di sinilah peranan ibubapa untuk mewujudkan budaya membaca di rumah! Ibubapa adalah contoh teladan yang paling baik untuk anak-anak!

Jika kita mahu anak-anak rajin membaca ketika di rumah, maka ianya perlulah dimulakan oleh ibu bapa itu sendiri. Kepada ibubapa, cikgu menyarankan, peruntukan sedikit masa dan kewangan untuk meransang minat anak-anak membaca! Belilah bahan bacaan yang sesuai untuk mereka dan juga ibubapa, peruntukanlah sedikit waktu dalam seminggu untuk membaca bersama-sama dengan anak-anak.

Untuk anak-anak yang masih kecil, masih tidak tahu membaca, maka ibubapa boleh membacakan buku kegemaran mereka. Wujudkan suasana membaca menjadi suasana yang menceriakan.

Saturday, 3 August 2013

Belon Rangsang Koordinasi Anak

Coretan : Wardi Fathi Othman.
Assalamu'alaikum.....
Salam Ceria...
Salam Ramadhan.....

Belon yang berwarna-warni memang sering menjadi perhatian anak-anak sejak usia bayi lagi. Tahukah anda bayi yang masih kurang kawalan koordinasinya boleh dirangsang dengan bantuan permainan termasuk belon.


Letakkan belon kecil yang diikat dengan reben di pergelangan tangan anak (jangan terlalu ketat). Jika masih usia bayi, pastikan belon tersebut tidak boleh dicapai olehnya.

Bantu anak untuk menggerakkan tangannya, dengan cara ini dia dapat melihat tindak balas belon ke atas dan ke bawah sekata dengan pergerakan tangannya.

Jika anak sudah boleh berjalan, biarkan dia bermain dengan belon tersebut yang menarik perhatiannya. Tetapi jangan tinggalkan anak sendirian kerana bimbang jika belon itu meletup, anak akan mengutip dan memasukkan serpihan belon tersebut ke dalam mulutnya.

Sekali-sekala cuba tiup belon itu agar ia bergerak seiring dengan hembusan angin. Anda akan perhatikan mata anak akan mengikut ke mana sahaja arah belon itu pergi.

Tuesday, 23 July 2013

Mendidik Anak Berbudi Bahasa (Bhgn 3)



 Coretan : Wardi Fathi Othman

Salam Ceria....
Salam Permata.....
Salam Ramadhan....


Menjadi model tatatertib kepada anak.

Jika mulut anda penuh dengan makanan, jangan bercakap kerana anak akan mengikut apa yang anda lakukan.

Berlatih untuk duduk diam di meja makan.

Lakukan dalam tempoh masa 15 ke 20 minit. Ini akan mengajar anak berdisiplin di meja makan tanpa melakukan sebarang perbuatan yang mungkin membuatkan anda marah.

Gunakan perkataan ‘ tolong ‘.

Guna perkataan ini apabila mahu meminta anak mengambil barang yang mahu. Pastikan barang itu mudah untuk diambil dan tidak mudah pecah.

Komen.

Jangan membuat komen yang tidak baik mengenai makanan di hadapannya. Jika tidak mahu katakan ‘ tidak, terima kasih ‘

Minta kebenaran.

Jika anak merampas barang permainan rakannya, katakan kepadanya,‘ perbuatan kamu ini tidak baik kerana mengambil barang kawan tanpa kebenaran’

Salam.

Menghulurkan tangan untuk berjabat salam apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri anak.

Suara.

Beritahu kepadanya tempat yang perlu bersuara kuat dan tempat yang perlu bersuara perlahan.

Ramai anak-anak sekarang belajar berkomunikasi dari rakan-rakan sebaya mereka. Akibatnya mereka mempelajari bahasa kasar dan bahasa yang tidak sesuai untuk berkomunikasi. Oleh itu, dedahkan hidup anak-anak dengan persekitaran yang cemerlang!

Wallahu'alam....

Mendidik Anak Berbudi Bahasa (Bhgn 2)

Coretan : Wardi Fathi Othman

Salam Ceria....
Salam Ramadhan....

Sambungan......

Mudah meminta maaf dan memaafkan.

Galakkan anak untuk meminta maaf apabila telah melakukan kesalahan. Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai satu kebiasaan. Ini akan membuatkan dia lebih disenangi dalam pergaulannya.

Memberikan pujian.

Berikan pujian berbanding kritikan apabila anak melakukan perkara yang betul. Bagi anak-anak, pujian adalah kata-kata yang menakjubkan. Biarkan anak tahu bahawa anda sangat bangga apabila dia menunjukkan sikap yang sopan setiap masa.

Kongsi permainan dengan kanak-kanak lain.

Berikan kata-kata pujian apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain. Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya disukai ramai.

Jangan terlalu inginkan hasil yang cepat.

Melatih anak mengenai budi bahasa bukan suatu yang mudah. Dalam tempoh itu pelbagai kesalahan dilakukan. Ia merupakan suatu proses percubaan sama ada boleh dilakukan atau tidak. Anak akan belajar dari kesilapannya.




Menggunakan penggunaan ayat yang betul.

Jika anak menggunakan perkataan. ‘ Adik mahu air,’ betulkan penggunaan ayatnya dan berkata, ‘ Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?’ dan minta anak anda ulangi ungkapan tadi.

Duduk di meja dengan kedudukan yang sopan.

Jangan membuat bising dan makan dengan sopan supaya tiada makanan atau minuman yang tumpah. Paling penting, jangan bergaduh di meja makan.



Bersambung......


Wallahu'alam....

Monday, 22 July 2013

Perkongsian Ustaz Don Daniyal - Kaedah Mendidik Anak

Coretan : Wardi Fathi Othman

Salam Ceria.....
Salam Permata....
Salam Ramadhan....


Perkongsian dari video yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua insan yang bergelar ibubapa, pendidik, pengasuh dan semua yang terlibat dalam pembentukan modal
insan.....

Sunday, 21 July 2013

Awal Membaca (Bhgn 2)

Coretan : Wardi Fathi Othman

Salam ceria.......
Salam Permata ........
Salam Ramadhan........


Bagaimana caranya?

1. Tanam minat membaca sejak lahir lagi melalui:

1. Penggunaan bahasa yang baik. 

Anak-anak yang baru lahir memang lumrahnya mula melihat sekelilingnya dengan penuh minat. Antara perkara utama yang dipelajarinya ialah bahasa dan ucapan orang-orang di sekelilingnya. 
Oleh itu ibu bapa haruslah bercakap dengan anak-anak mereka! Dalam satu kajian yang dibuat di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu, ibu bapa di KL hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama 7 minit seminggu! Bayangkan. 
Oleh sebab itulah kanak-kanak yang lambat dapat bercakap berpunca, di antaranya, daripada kurangnya komunikasi di antara ibu bapa dengan mereka pada usia kecil. Kesannya, anak-anak ini akan belajar berbahasa dengan bahasa rakan mereka atau bahasa yang dipertontonkan melalui program-program TV yang berupa karton dan sebagainya. Bahasa rojak ini tidak membantu membina kemahiran berbahasa mereka dan akan menyebabkan mereka kurang keyakinan apabila berbahasa atau apabila belajar membaca nanti. Oleh itu bercakaplah dengan anak-anak menggunakan bahasa yang baik, jelas dan santun.



2. Bercerita.

Kanak-kanak sangat sukakan cerita. Mendengar cerita adalah antara aktiviti di rumah yang dapat menanam minat kepada buku. Saya masih teringat bagaimana seorang nenek membacakan sebuah buku cerita kepada cucunya yang baru berusia 6 bulan di atas keretapi bawah tanah di Toronto. 
Walaupun anak kecil itu masih belum dapat duduk dengan baik, dia sudah dibacakan buku cerita. Kanak-kanak seawal usia 12 tahun, apabila mereka mula memahami bahasa dan dapat bercakap, mula meminati aktiviti bercerita. 
Melalui aktiviti bercerita secara lisan, sebelum tidur terutamanya, sehingga membaca buku-buku cerita bergambar, minat membaca anak-anak dapat dipupuk. Mulalah dengan bercerita menggunakan buku-buku cerita yang cantik dan menarik lukisannya. 
Sambil bercerita, pastikan jari kita menunjuk kepada tulisan yang dibaca walaupun mata anak kita hanya melekat pada gambar-gambar di buku. 
Satu hari nanti dia akan sedar bahawa tulisan pada buku cerita itu sangat penting dalam menceritakan gambar yang dilihatnya. Melalui bercerita jugalah minat untuk membaca dapat dipupuk. Oleh itu tidak hairanlah kanak-kanak yang dirangsang dengan baik mempunyai minat untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun lagi.

(Nota: tips ini di petik dari laman web Readnetwork dan ianya ditulis oleh Encik Othman Ahamad - Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy)

Saturday, 20 July 2013

Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-kanak - sambungan

Coretan Wardi Fathi Othman


Salam Ceria.....
Salam Ramadhan......


Alhamdullilah....., kita masih lagi berada dalam bulan ramadhan. Bulan yang penuh barkah.

Perkembangan kanak-kanak seperti yang telah bincanngkan, boleh dibahagikan kepada 4 aspek iaitu :



1. Perkembangan Fizikal

Ianya Perubahan yang berlaku dari segi bentuk dan saiz; dimana ia berkisar mengenai kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti boleh memasukkan benang ke dalam lubang butang, melakar dan melukis.

2. Perkembangan Bahasa


Perkembangan bahasa merupa perubahan dari tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada stimulasi. Anak-anak akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan radio.

3. Perkembangan Kognitif


Kognitif pula adalah keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.

4. Perkembangan Sosio-Emosi


Ianya berkisar mengenai keupayaan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Kanak-kanak semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan kanak-kanak menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Terangkan kepada kanak-kanak tidak perlu menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalahnya dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.



wallahu'allam.....

Friday, 12 July 2013

Anak Adalah Amanah, Anak Adalah Anugerah - Bahagian 1

Coretan Wardi Fathi Othman


Islam menyatakan bahawa anak itu adalah anugerah Allah swt. dan setiap anak itu lahir dalam keadaan fitrah. Setiap anak yang lahir umpama sehelai kain putih yang bersih, ibubapalah yang mencorakkan sahsiah mereka. Ibubapa memegang amanah dan tanggungjawab membesarkan anak-anak agar menjadi insan yang beriman, berakhlak mulia dan berilmu.

Iman Ghazali berpendapat bahawa anak-anak adalah amanah Allah kepada kedua-dua ibubapaya. Hati Kanak-kanak adalah suci, laksana mutiara yang berharga, indah bersih dari segala gurisan dan bentuk. Mereka menerima apa sahaja yang dibuat kepada nya dan condong kepada apa-apa yang ditarik kepadanya.

Jika anak-anak dididikda diasuh dengan perbuatan yang baik, ia akan membesar dalam persekitaran yang demikaian dan akan menjadi manusia yang baik. Kedua-dua ibubapa, pengasuh, guru dan masyarakat yang mndidiknya akan mendapat pahala daripada Allah swt.

Sebaliknya pula, jika anak-anak diasuh dan dibiasakan dengan perbuata yang tidak baik dan pendidikannya diabaikan, maka mereka akan menjadi manusia yag jahat dan dosanya turut ditanggung oleh ibubapanya dan mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menjaganya.

Wednesday, 10 July 2013

Anak Lewat Bercakap Bahagian 2

Coretan Wardi Fathi Othman


Apakah bezanya antara masalah bercakap dengan pertuturan? Katanya masalah lambat cakap dikaitkan pelbagai faktor komunikasi termasuk kurang rangsangan untuk bercakap.

Bagi masalah pertuturan pula, adalah biasa untuk kanak-kanak kecil yang mula belajar bertutur untuk mengeluarkan bunyi-bunyi yang ‘pelat’ kerana ini adalah proses normal. Pelat atau ‘proses-proses fonologi’ ini berlaku sehinggalah sekitar lima hingga enam tahun di mana bunyi-bunyi pertuturan kanak-kanak akan terus bertambah baik dan akan menyamai bunyi-bunyi pertuturan orang dewasa. Apabila kanak-kanak tidak berjaya mengatasi ‘pelat’ ini pada tahap umur berkenaan, maka masalah pertuturan perlu dibantu oleh patologis pertuturan-bahasa.


Jelasnya seseorang bayi itu bersuara mengeluarkan kata - kata membebel atau ‘baby talk’ seperti aa , aa , ahggege , bababa , dededed , mamamam , nanana dan seterusnya sebelum dapat mengeluarkan perkataan yang bermakna. Dalam usaha merangsang kanak-kanak cepat bercakap, ibu bapa digalakkan bercakap dengan mereka walaupun ketika itu mungkin si kecil pada usia bayi.

Mengenai kemungkinan kanak-kanak lambat bercakap akibat penggunaan pelbagai bahasa di rumah menyebabkan kanak-kanak mungkin keliru, Dr Basha berkata, ia tidak semestinya berlaku kerana kanak-kanak menyerap bahasa bagaikan span dan tahu membezakan bahasa bila sampai masanya.

Pada peringkat awal, sesetengah kanak-kanak yang bertutur pelbagai bahasa mungkin ada menunjukkan sedikit kelambatan dalam menguasai kesemua bahasa yang dituturkan. Bagaimanapun, ini akan diatasi secara semula jadi. Dalam sesetengah kes, ibu bapa mungkin dapati anak-anaknya lebih bijak bercakap bila tahu banyak bahasa.

Tidak dinafikan unsur genetik adalah satu lagi sebab mengapa kanak-kanak lambat bercakap.

“Untuk mengelakkan berlakunya masalah bercakap bagi kanak-kanak, ibu bapa perlu memastikan supaya tahap pertuturan yang mereka gunakan adalah sepadan dengan umur anak mereka. Peluang untuk kanak -kanak mereka mendengar bahasa dan menggunakannya mestilah mencukupi di dalam persekitaran mereka.

“Jika ibu bapa atau penjaga selalu bercakap cepat, menggunakan perkataan yang tidak sepadan dengan kebolehan kanak -kanak mereka memahamimya sudah tentulah akan memberi kesan yang negatif kepada perkembangan pertuturan kanak -kanak mereka. Penggunaan bahasa adalah perlu untuk perkembangan intelek seseorang kanak -kanak. Perkembangan intelek pula dipengaruhi oleh tahap penggunaan bahasa. Jika kanak -kanak lambat bercakap pembelajaran mereka di masa hadapan akan terjejas.

“Sebetulnya selain daripada kesihatan tubuh badan , tahap pemakanan yang baik, keadaan fizikal dan mental yang baik , persekitaran yang penuh dengan stimulasi adalah perlu diberikan kepada kanak-kanak untuk menggalakkan perkembangan bahasa optimum,” katanya.

Jelasnya masalah bercakap selalunya menjadi petanda kepada masalah lain yang lebih besar, termasuk masalah pendengaran, atau autisme.

“Segeralah merujuk kepada pakar dapat membantu mengesan masalah dihadapi kanak-kanak. Selain Hospital Kuala Lumpur dan hospital besar di setiap negeri, ibu bapa boleh ke Klinik Audiologi & Sains Pertuturan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur yang khusus mengendalikan mengenai masalah berkaitan.

Tuesday, 9 July 2013

Anak Lewat Bercakap Bahagian 1

Coretan Wardi Fathi Othman

Tiada kaitan jantina, mungkin petanda anak alami masalah pendengaran, autisme.

SEAKAN wujud satu persepsi dalam kalangan masyarakat yang mengaitkan jantina sebagai alasan bagi kanak-kanak yang lewat bercakap.

Tidak hairanlah, kita sering mendengar dialog seperti “kalau dibandingkan dengan budak perempuan, budak lelaki memang lambat bercakap’. Namun, adakah tanggapan ini benar?


Masalah bercakap hanya boleh ditentukan menerusi terapi pertututan-bahasa. Kanak-kanak itu akan diperiksa secara terperinci termasuk menyelidiki persekitaran yang mempengaruhi kebolehannya bercakap. Ibu bapa yang mengesyaki anaknya berhadapan masalah bercakap, perlu segera merujuknya kepada terapis itu kerana lambat bercakap boleh menjadi ‘petanda’ kepada masalah lain termasuk masalah pendengaran, autisme atau masalah lain. Lebih cepat dikenal pasti, lebih cepat kanak-kanak itu dapat dibantu. 
- Dr Basyariatul Fathi Othman, Terapis Pertuturan Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan, UKM
Mengajukan persoalan itu kepada Terapis Pertuturan Bahasa Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Basyariatul Fathi Othman, sebaliknya menyifatkan pandangan itu hanyalah mitos.

“Kanak-kanak yang lambat bercakap tidak boleh dibezakan dengan jantina. Cepat atau lambat kebolehan bercakap itu, sebenarnya banyak dipengaruhi persekitaran, termasuk pemilihan permainan.

“Budak perempuan dikaitkan dengan cepat pandai bercakap kerana jenis permainan mereka seperti ‘main masak-masak atau main pondok-pondok’ itu boleh menjadi satu proses pembinaan pertuturan,” ” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, sambil bermain masak-masak itu, mereka akan mengajuk cara ibunya memotong sayur, menjaga adik dan menukarkan pakaian. Perbuatan itu akan bersulam dengan pengeluaran ayat. Sekiranya dilakukan secara berulang-ulang kebolehan bercakap akan menjadi semakin lancar.
“Ini berbeza dengan budak lelaki. Kebanyakannya suka bermain kereta mainan, atau ‘pencuri-polis’. Tidak banyak perkataan dapat dikeluarkan menerusi permainan berkenaan melainkan bunyi ‘vroom’ enjin kereta atau perkataan ‘lari’ dan ‘tangkap’ dari mulutnya. Secara langsung faktor permainan amat mempengaruhi kebolehan mereka bercakap.

“Justeru saya fikir ada baiknya kalau budak lelaki turut sama bermain permainan budak perempuan kerana nyata bentuk permainan itu membina kebolehannya bercakap dan kognitif lain termasuk penggunaan motor tangan serta kaki. Penggunaan otak dan pergerakan badan menerusi perbuatan akan mempercepatkan mereka belajar perkataan baru, seterusnya membina ayat dengan baik,” katanya.

Namun, bilakah masanya atau tahap usia kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai lewat bercakap dan perlu mendapatkan bantuan?

“Kanak-kanak yang normal boleh mengeluarkan perkataan seawal usia lapan bulan ke setahun setengah. Kalau lewat daripada itu, ibu bapa boleh membawa kanak-kanak bertemu dengan terapi pertuturan bahasa untuk menentukan sama ada anak mereka mengalami masalah.

“Masalah bercakap hanya boleh ditentukan oleh Terapi Pertuturan-Bahasa kerana dalam setiap kes dirujuk. Kanak-kanak itu akan diperiksa secara terperinci termasuk menyelidiki persekitaran yang mempengaruhi kebolehannya bercakap. Ibu bapa yang mengesyaki anaknya berhadapan masalah bercakap, perlu segera merujuk kepada Terapi Pertuturan Bahasa kerana lambat bercakap boleh menjadi ‘petanda’ kepada masalah lain termasuk masalah pendengaran, autisme atau masalah masalah lain. Lebih cepat dikenal pasti, lebih cepat kanak-kanak itu dapat dibantu,” katanya.

Thursday, 4 July 2013

Anak Bijak Membaca - Bahagian 1

Coretan Wardi Fathi Othman

Salam Ceria.....
Salam Permata....
Salam 1 Malaysia.........

Semua ibubapa mahu anak mereka pandai membaca. Semua ibubapa mahu anak bijak dalam pelajaran. Anak-anak yang bijak sering di perbualkan semasa sessi 'mesyuarat tingkap'. Apatah lagi jika anak-anak dapat membaca pada usia muda.

Selalunya, terutama di musim cuti sekolah, sepupu-sepapat, anak sedara-jauh dan dekat berkumpul. Maka akan keluarlah cerita mengenai anak sipolan, si anu yang pandai, periksa UPSR semuanya dapat A. Ibubapa yang mana anak2nya pandai, senyum panjang sampai ke telinga tapi bagi ibubapa yang anaknya kureeeeng... tersenyum jugak... tapi pahit dan kelat! Biasa dengan senario ini? he! he! he! Saya percaya mesti ada yang tengah trsenyum di waktu membaca artikel ini!

Kadang-kadang kita sebagai ibu dan bapa - terutama ibu (kerana lebih byk berkomunikasi dgn anak) selalu mengeluh. Bila nak ajar anak-anak di rumah, selalu tak menjadi, selalu tak kena. Selalunya alasan adalah anak tak mahu mengikut kita.

Di sini saya senaraikan beberapa kesilapan biasa yang dilakukan oleh ibubapa semasa mengajar anak membaca di rumah:
1. Ibubapa mengajar membosankan - asyik suruh baca kemudian ulang, baca kemudian ulang - tiada kreativiti dalam mengajar anak.
2. Ibubapa mengajar garang sangat macam singa - pantang sebut salah, terus diherdik.
3. Ibubapa mengajar caca merba. Tak ada kaedah atau tidak bersistematik.
4. Ibubapa mengajar tak kena masa - contohnya mengajar waktu ada rancangan tv yang anak suka.
5. Ibubapa mengajar tak kena tempat. - depan tv atau dekat dgn tingkap.
6. Ibubapa mengajar tak guna pendekatan psikologi.

Ini adalah antara kesilapan-kesilapan biasa yang dilakukan oleh ibubapa lakukan. Jadi, fikir-fikirlah akan jalan penyelesaiannya.

Wednesday, 3 July 2013

Pemakanan Berkhasiat

Coretan oleh Wardi Fathi Othman

Assalamualaikum.......
Salam Sejahtera.....
Salam Permata....

Sekarang ni, saya sedang berkursus 'Bengkel Refresher Permata di Sumay Suite Hotel, Kuala Terengganu. Bengkel ini adalah kesinambungan dari bengkel yang telah diadakan pada penghujung tahun lepas di Pulau Pinang. 

Namun kali ini, saya ingin membincang mengenai pemakanan kanak-kanak di taska. semoga info yang diberikan ini akan dapat memberi manafaat kepada semua ibubapa, bakal ibubapa, pengusaha tadika / taska dan juga bakal-bakal pengusaha.

Pemakanan adalah satu asas yang untuk pertumbuhan dan perkembangan. Pemakanan yang seimbang akan memberikan segala keperluan yang diperlukan oleh tubuh badan. Khasiat yang seimbang diperlukan oleh badan terutamanya kanak-kanak. 



MENGAPA PERLU MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN SEIMBANG?

  1. Cergas dan bertenaga
  2. Cerdas
  3. Bertindak balas
  4. Kulit yang licin
  5. Mata yang berseri
  6. Tumbesaran yang normal
  7. Memelihara suhu badan


Khasiat Protin
Sumbernya:-
Kelas 1- Susu, daging, telur ayam, keju.
Kelas 2- Kekacang, bijirin dan lain-lain.

Akibat kekurangan zat pada tubuh:-

  1. Pembesaran kanak-kanak terbantut
  2. Kurang pembaikan tisu – luka lambat sembuh
  3. Kurang daya tahan tubuh terhadap penyakit
  4. Anemia


Khasiat Karborhidrat
Sumbernya:-
Gula, roti, jem, kek, gula-gula, biskut, nasi, sirap, 
manisan, kentang dan lain-lain.

Akibat kekurangan zat pada tubuh:-

  1. Susut badan
  2. Tubuh mudah letih
  3. Tubuh merasa sejuk 


Khasiat Lemak
Sumbernya:-
Lemak haiwan, mentega, daging berlemak, ikan 
berminyak, krim,kuning telur, keju dan lain-lain.

Akibat kekurangan zat pada tubuh:-

  1. Susut badan
  2. Tubuh mula letih
  3. Tubuh merasa sejuk 


Khasiat Kalsium
Sumbernya:-
Sayur-sayuran hijau, keju, telur, ikan dan lain-lain

Akibat kekurangan zat pada tubuh:-

  1. tulang,gigi dan gusi kurang kuat
  2. Lambat pembekuan darah
  3. Riket (tulang dan gigi lembut dan sendi-sendi tulang menjadi bengkak).


Khasiat Vitamin (A, B1, B2, C, D)
Sumbernya:-
Sayur-sayuran, buah-buahan, susu, keju dan lain-
lain

Akibat kekurangan zat pada tubuh:-

  1. Menyebabkan radang mata dan rabun
  2. Kulit menjadi kering
  3. Fikiran terganggu, gemuruh, dan berkeadaan marah
  4. Hilang selera dan keletihan
  5. Makanan tidak hadam


Makanan Pelawas
Ia bukan zat kerana pelawas tidak boleh dihadam 
tetapi diperlukan di dalam sajian.
Sumbernya:-
Sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan

Akibat kekurangannya pada tubuh:-

  1. Menyebabkan sembelit