Coretan : Wardi Fathi Othman.
Assalamu'alaikum.....
Salam Ceria...
Salam Ramadhan.....
Belon yang berwarna-warni memang sering menjadi perhatian anak-anak sejak usia bayi lagi. Tahukah anda bayi yang masih kurang kawalan koordinasinya boleh dirangsang dengan bantuan permainan termasuk belon.
Letakkan belon kecil yang diikat dengan reben di pergelangan tangan anak (jangan terlalu ketat). Jika masih usia bayi, pastikan belon tersebut tidak boleh dicapai olehnya.
Bantu anak untuk menggerakkan tangannya, dengan cara ini dia dapat melihat tindak balas belon ke atas dan ke bawah sekata dengan pergerakan tangannya.
Jika anak sudah boleh berjalan, biarkan dia bermain dengan belon tersebut yang menarik perhatiannya. Tetapi jangan tinggalkan anak sendirian kerana bimbang jika belon itu meletup, anak akan mengutip dan memasukkan serpihan belon tersebut ke dalam mulutnya.
Sekali-sekala cuba tiup belon itu agar ia bergerak seiring dengan hembusan angin. Anda akan perhatikan mata anak akan mengikut ke mana sahaja arah belon itu pergi.
petikan diambil dari http://pama.karangkraf.com/bayi/belon-rangsang-koordinasi-anak-1.189128
No comments:
Post a Comment