Gambar : Google
Salam ceria...
Salam Permata....
Assalamu'alaikum....
Bermain bukan sahaja memberi manafaat kepada kanak-kanak, malah juga memberi manfaat kepada orang dewasa. Kita selalu mengaitkan bermain hanya untuk kanak-kanak..
"Eh! engkau ni... asyik-asyik main...asyik-asyik main... tak ada kerja lain ke"
biasa mendengarnya? itulah prasa kegemaran ibu-ibu dan juga guru-guru. Bermain dan kanak-kanak adalah seperti irama dan lagu, seperti aur dengan tebing, bagaikan isi dengan kuku. tidak boleh di pisahkan.
Anak-anak yang aktif adalah anak-anak yang sihat, anak-anak yang normal. Oleh itu jika anak-anak kita aktif bermain, janganlah risau. Itu menandakan anak kita sihat.
Namun yang perlu ibubapa risaukan, jika anak-anak tidak bermain atau tidak aktif. Itu adalah satu petanda yang kurang baik. Lebih baik ibubapa bertindak segera, mengenal pasti punca masalah anak-anak tidak aktif atau tidak minat bermain.
Kajian mengenai kesan bermain bersama ibu atau bapa ke atas perkembangan kanak-kanak adalah seperti berikut :
- kanak-kanak yang bermain bersama bapa didapati mempunyai daya imaginasi dan kemahiran kognitif yang lebih tinggi.
- kanak-kanak yang bermain bersama ibu didapati mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan ibu, mempunyai perkembangan yang lebih positif.
- apabila mereka ini membesar, kanak-kanak ini gemar terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Mereka selesa dan tidak kekok untuk berada dalam kumpulan yang besar, mempunyai kesihatan mental yanng baik dan juga sudah semestinya mempunyai hubungan kekeluargaan yang lebih rapat.
wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment