Sunday, 18 August 2013

Antara Taska, Pengasuh Dan Bibik.....

Wardi Fathi Othman

Salam ceria...
Salam Permata....

Assalamu'alaikum....


KEHIDUPAN sekarang terlalu mencabar sehingga kedua-dua ibu bapa harus bekerja, untuk masa depan sekeluarga.

Bila kedua-duanya bekerja, anak-anak yang masih kecil mahu atau tidak, terpaksa ditinggalkan sama ada di taska, di bawah pemerhatian bibik di rumah, atau kepada pengasuh.

Namun, dewasa ini, terlalu banyak cerita negatif tentang taska, bibik dan pengasuh.

Satu ketika dulu, saya pernah menerima e-mel dilampirkan dengan gambar kanak-kanak taska yang tidak seorangpun mukanya tidak ditekap dengan batal atau kain.

Saya tidak pasti, sama ada kanak-kanak tersebut dipaksa berbuat demikian atau melakukannya atas kerelaan sendiri.

Walaupun bukan gambar kanak-kanak didera, namun naluri keibuan saya tetap tersentak. Mengapa?

Bayangkan jika ada di antara anak-anak ini yang memberontak untuk melakukannya tetapi tetap dipaksa juga...

Bagaimana jika pengasuh di taska tidak dapat mengawal emosi lalu berlaku sesuatu tanpa diduga!

Saya bukan berfi kiran negatif. Andai seorang dua yang menutup kepala menggunakan tuala, selimut atau bantal, mungkin itu habit. Tapi kalau majoriti melakukannya?

Ia lebih terlihat kepada paksaan supaya anak-anak ini tidur.

Fikirkan...bayi yang ditutup mukanya dengan bantal. Andai lemas...adakah galang ganti nyawanya?

Ibu bapa memberi kepercayaan kepada taska untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga anak-anak sementara mereka bekerja. Dan ia bukan percuma!

Seikhlasnya ibu bapa membayar, sebegitu jugalah ibu bapa berharap pengasuh sama ada di taska, di rumah atau di mana-mana, akan menjaga anak-anak mereka.

Mendengar, membaca dan melihat kes-kes yang berlaku, hari ini menghantar anak-anak ke taska, meninggalkan pada pembantu rumah atau pengasuh umpama perjudian mempertaruh kehidupan anak-anak demi meneruskan kelangsungan hidup.

Antara taska, bibik dan pengasuh ada pro dan kontranya yang pasti setiap ibu bapa mempunyai alasan tersendiri memilih kemudahan yang ada.

Apa yang penting walau siapa pun yang mengambil alih tanggungjawab sementara menjaga anak-anak, lakukanlah dengan ikhlas, pandanglah mereka sebagai memandang anak sendiri

Anak-anak kecil memanglah tidak boleh total mengikut arahan kerana kita semasa kecil juga sebegitu. Ia bermula daripada meniarap, merangkak, berjalan dan bukan terus berlari dan berakal!


petikan artikel dari - http://www.sinarharian.com.my/rencana/antara-taska-bibik-dan-pengasuh-1.179902

No comments:

Post a Comment