Coretan : Wardi Fathi Othman
Salam Ceria.....
Salam Ramadhan.....
Kali ni saya ingin berkongsi lagu tradisional kanak-kanak yang boleh kita nyanyikan bersama-sama dengan anak-anak. Semoga lagu-lagu tradisional kanak-kanak kita ini tidak lenyap bersama kepesatan pembangunan. Ayuh! Mari Menyanyi!!
Tuesday, 23 July 2013
Monday, 22 July 2013
Galak Anak Membaca (Bhgn 2)
Coretan : Wardi Fathi Othman
Salam Ceria.....
Salam Ramadhan.....
Apapun,
jika inginkan kejayaan anak, ibubapa perlu membuat peraturan menonton
televisyen dan bermain ‘gadget IT’ untuk anak.
Hadkan
waktu menonton dan bermain ‘gadget IT’ bagi membolehkan masa yang ada digunakan
untuk mengulangkaji pelajaran, membuat kerja rumah dan beriadah.
Selain
itu, ibubapa perlu mengawasi pendedahan anak kepada permainan video dan
internet.
Anda
boleh membuat peraturan tidak membenarkan atau menghadkan waktu anak menonton
televisyen atau menggunakan ‘gadget IT’ ketika minggu persekolahan.
Mereka
cuma boleh menonton atau bermain gadget pada waktu hujung minggu atau jika mahu
memberi kelonggaran, mereka juga boleh berbuat demikian pada Jumaat iaitu
hujung minggu persekolahan.
Syaratkan
supaya anak cuma boleh menonton atau bermain selepas menyiapkan kerja sekolah
dan mengulang kaji pelajaran atau waktu bermain pada jam tertentu.
Semaikan
minat membaca dalam diri anak sejak kecil. Selain memperbanyakkan amalan bacaan
al-Quran sewaktu mengandung, ibu boleh membacakan cerita untuk anak dalam
kandungan bagi membiarkan ia terbiasa dengan suara ibu.
Ketika
anak masih kecil, belikan bahan bacaan berwarna dan mempunyai ilustrasi menarik
bagi menarik minat anak. Luangkan masa membaca buku cerita untuk anak. Cara itu
dapat meningkatkan kemampuan otak anak dan memperbanyakkan perbendaharaan
katanya.
Terbit
perasaan ingin tahi mengenai kesudahan cerita hingga membuatkan anak menumpukan
sepenuh perhatian terhadap penceritaan anda. Perasaan ingin tahu itu mendorong
mereka untuk bertanya dan membuat andaian cerita selanjutnya.
Sesekali,
tanya si kecil apa kemungkinan yang berlaku pada pengakhiran cerita bagi
merangsang daya imaginasi anak. Mereka akan berusaha mencari jawapan sendiri
membuatkan otak sentiasa berfikir.
Wallahua'lam.....
Galak Anak Membaca (Bhgn 1)
Coretan : Wardi Fathi Othman
Salam Ceria....
Salam Ramadhan....
Antara buku, televisyen, tablet,
ipad yang mana satu lebih menarik perhatian anak anda?
Jika di buat tinjauan rambang, tentu ramai ibubapa mengatakan anak mereka lebih gemar menonton televisyen atau bermain dgn ‘gadget IT’ berbanding menumpukan perhatian terhadap bahan bacaan.
Jika di buat tinjauan rambang, tentu ramai ibubapa mengatakan anak mereka lebih gemar menonton televisyen atau bermain dgn ‘gadget IT’ berbanding menumpukan perhatian terhadap bahan bacaan.
Kalau menonton televisyen, memang mudah terleka, apatah lagi jika ia rancangan diminati dan ditunggu. Tambahan pula sekarang lambakan ‘gadget IT’ didalam pasaran mengaburi mata kanak-kanak termasuklah ibu bapa. Seringkali, saya perhatikan, anak-anak sekecil 2 tahun sudah pandai menhayun jemari yang halus mulus diatas papan tablet. Sungguh leka mereka bermain.
Pernahkah tuan / puan melihat senario sedemikian? Saya pasti, tuan / puan juga pernah melihatnya.
Pernah juga saya perhatikan, satu keluarga yang terdiri dari ibu, ayah, abang (berusia anggaran 6 tahun) dan juga sikecil (anggaran 3 tahun) - kesemua mereka leka menggunakan gadget IT sementara menunggu pelayan menghantar pesanan makanan.
Oh! Zaman IT ini akan membuatkan kita tidak perlu berbicara. Semua boleh dilakukan menggunakan gadget!
"Hadiahkan Buku Kepada Anak sebagai galakan membaca"
Wallahua'alam....
Perkongsian Ustaz Don Daniyal - Kaedah Mendidik Anak
Coretan : Wardi Fathi Othman
Salam Ceria.....
Salam Permata....
Salam Ramadhan....
Perkongsian dari video yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua insan yang bergelar ibubapa, pendidik, pengasuh dan semua yang terlibat dalam pembentukan modal
insan.....

Awal Membaca (Bhgn 3)
Coretan : Wardi Fathi Othman
Salam Ceria......
Salam Permata.....
Salam Ramadhan.....
2. Memberi rangsangan yang sesuai
1. Bermain permainan yang mendidik.
Ibu bapa yang penyayang sering membelikan bermacam-macam permainan kepada anak-anak mereka. Bagaimanapun, tidak ramai yang membelikan anak-anak mereka permainan-permainan yang sesuai dan membina kematangan berfikir dan psikomotor mereka.
Biasanya, pistol dan senapang
sahaja yang dibelikan kepada anak lelakinya ataupun anak patung sahaja yang
dihadiahkan kepada anak perempuannya. Jarang sekali ibu bapa yang prihatin
membeli permainan yang merangsang minda atau permainan yang melatih koordinasi
mata dan tangannya.
Sebenarnya permainan seperti Lasy, lego, atau permainan
membina blok sangat penting untuk melatih koordinasi mata tangan dan melatih memberi
tumpuan. Bahkan bermain sambut bola atau menangkap bola yang sedang bergerak
juga amat berguna. Dua kemahiran ini, koordinasi mata-tangan dan memberi
tumpuan, sangat berguna apabila anak kecil anda belajar membaca nanti.
2. Mewujudkan budaya membaca di rumah.
Budaya yang baik di rumah sebenarnya dapat merangsang minat membaca. Pastikan setiap ahli keluarga mempunyai masa untuk membaca bersama, selain membaca al-Quran, supaya anak kecil anda dapat menghayati suasana tersebut.
Ada sesetengah keluarga mewujudkan perpustakaan
mini di rumah di mana-mana sudut tertentu. Selain membaca surat khabar ,
majalah dan buku-buku, ibu bapa haruslah bercerita dan berbual mengenai apa
yang dibaca atau dilihatnya. Ini akan menarik minat anak-anak untuk mengetahui
apa yang berlaku dan secara tidak langsung menimbulkan perasaan ingin membaca
apa yang ditulis mengenai gambar atau tajuk berita.
(Nota: tips ini di petik dari laman web Readnetwork dan ianya
ditulis oleh Encik Othman Ahamad - Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku
dan ReadEasy)
Sunday, 21 July 2013
Awal Membaca (Bhgn 2)
Coretan : Wardi Fathi Othman
Salam ceria.......
Salam Permata ........
Salam Ramadhan........
Bagaimana caranya?
1. Tanam minat membaca
sejak lahir lagi melalui:
1. Penggunaan
bahasa yang baik.
Anak-anak yang baru lahir memang lumrahnya
mula melihat sekelilingnya dengan penuh minat. Antara perkara utama yang
dipelajarinya ialah bahasa dan ucapan orang-orang di sekelilingnya.
Oleh itu
ibu bapa haruslah bercakap dengan anak-anak mereka! Dalam satu kajian yang
dibuat di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu, ibu bapa di KL hanya bercakap
dengan anak-anak mereka selama 7 minit seminggu! Bayangkan.
Oleh sebab itulah
kanak-kanak yang lambat dapat bercakap berpunca, di antaranya, daripada
kurangnya komunikasi di antara ibu bapa dengan mereka pada usia kecil.
Kesannya, anak-anak ini akan belajar berbahasa dengan bahasa rakan mereka atau
bahasa yang dipertontonkan melalui program-program TV yang berupa karton dan
sebagainya. Bahasa rojak ini tidak membantu membina kemahiran berbahasa mereka
dan akan menyebabkan mereka kurang keyakinan apabila berbahasa atau apabila
belajar membaca nanti. Oleh itu bercakaplah dengan anak-anak menggunakan bahasa
yang baik, jelas dan santun.
2. Bercerita.
Kanak-kanak sangat sukakan cerita. Mendengar cerita adalah antara aktiviti di rumah yang dapat menanam minat kepada buku. Saya masih teringat bagaimana seorang nenek membacakan sebuah buku cerita kepada cucunya yang baru berusia 6 bulan di atas keretapi bawah tanah di Toronto.
Walaupun anak kecil itu masih belum dapat duduk dengan baik, dia sudah
dibacakan buku cerita. Kanak-kanak seawal usia 12 tahun, apabila mereka mula
memahami bahasa dan dapat bercakap, mula meminati aktiviti bercerita.
Melalui
aktiviti bercerita secara lisan, sebelum tidur terutamanya, sehingga membaca
buku-buku cerita bergambar, minat membaca anak-anak dapat dipupuk. Mulalah
dengan bercerita menggunakan buku-buku cerita yang cantik dan menarik
lukisannya.
Sambil bercerita, pastikan
jari kita menunjuk kepada tulisan yang dibaca walaupun mata anak kita hanya
melekat pada gambar-gambar di buku.
Satu hari nanti dia akan sedar bahawa
tulisan pada buku cerita itu sangat penting dalam menceritakan gambar yang
dilihatnya. Melalui bercerita jugalah minat untuk membaca dapat dipupuk. Oleh
itu tidak hairanlah kanak-kanak yang dirangsang dengan baik mempunyai minat untuk
belajar membaca seawal usia 3 tahun lagi.
(Nota: tips ini di petik dari laman web Readnetwork dan ianya
ditulis oleh Encik Othman Ahamad - Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku
dan ReadEasy)
Awal membaca (Bhgn 1)
Coretan : Wardi Fathi Othman
Salam 13 Ramadhan........
Salam ceria.....
“Budak 4 tahun boleh membaca?
Hairan!
Macamana pulak tu?”
Itulah yang ibu saya katakan apabila membaca akhbar pada tahun 70-an dahulu yang telah menceritakan bagaimana seorang kanak-kanak lelaki telah dapat membaca surat khabar pada usia 4 tahun.
Heboh juga satu negara dibuatnya sambil berbangga dengan pencapaiannya. Saya masih teringat lagi pada masa itu saya baru bersekolah dan baru pandai sikit-sikit mengeja apabila membaca. Dapat membaca awal pada usia yang muda pada masa itu masih ‘taboo’ dalam masyarakat kita.
Sehinggalah 30 tahun kemudiannya, keinginan untuk melihat anak-anak dapat membaca sebelum bersekolah rendah masih tersangat kurang. Takut nanti bila bersekolah tak nak belajarlah, boringlah, sebab dah pandai dan macam-macam alasan lain.
‘Literasi bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak’.
Begitulah bunyi ungkapan yang sering disebut di mana-mana kursus membaca. Membaca dan menulis bukanlah lahir bersama lahirnya anak-anak adam ini. Tidak ada bayi yang baru lahir dapat membaca apatahlagi menulis. Tetapi ia merupakan satu hak yang harus ditunaikan oleh ibu bapanya. Lihat sajalah apa jadi kepada remaja yang tidak dapat membaca dan menulis pada hari ini. Walaupun tidak semuanya, tetapi antara salah satu punca kegagalan dan keruntuhan akhlak mereka berpunca daripada kegagalan membaca dan menulis.
Oleh itu ibu bapanya orang pertama yang harus dipersalahkan. Apa tidaknya. Ada seorang ibu baru menyedari anaknya yang berusia 14 tahun tidak dapat membaca! Selepas 8 tahun bersekolah, hari ini baru menyedarinya. Jadi apakah ini salah dirinya atau kurang prihatinnya seorang ibu atau bapa kepada anaknya? Sebagai memenuhi tanggungjawab ini wajarlah ibu bapa hari ini mengajar anak-anaknya membaca pada usia awal lagi.

Tetapi hari ini, membaca merupakan antara kemahiran asas yang paling penting yang harus dikuasai oleh anak-anak pada usia muda. Jelas pada hari ini, perkembangan dalam dunia pendidikan dan ilmu sangat berbeza.
Kalau 30 tahun dulu kanak-kanak pada usia 5 dan 6 tahun masih leka dengan permainan anak patung dan aktiviti mengailnya, hari ini tidak lagi begitu. Kalau dulu ibu bapa berpuashati anak dapat membaca apabila telah memasuki darjah 2 dan 3, kini tidak lagi mampu senyum sendiri.
Segalanya berubah sekarang.
Cabaran dan perkembangan dunia ilmu sekarang semakin mencabar dan ‘demanding’. Oleh itu ibu bapa harus sedar bahawa menyediakan anak-anak dengan kemahiran yang asas yang sesuai untuk menghadapi zaman mereka sangat penting. Dan salah satu kemahiran asas tersebut ialah membaca.
Kalau 30 tahun dulu kanak-kanak pada usia 5 dan 6 tahun masih leka dengan permainan anak patung dan aktiviti mengailnya, hari ini tidak lagi begitu. Kalau dulu ibu bapa berpuashati anak dapat membaca apabila telah memasuki darjah 2 dan 3, kini tidak lagi mampu senyum sendiri.
Segalanya berubah sekarang.
Cabaran dan perkembangan dunia ilmu sekarang semakin mencabar dan ‘demanding’. Oleh itu ibu bapa harus sedar bahawa menyediakan anak-anak dengan kemahiran yang asas yang sesuai untuk menghadapi zaman mereka sangat penting. Dan salah satu kemahiran asas tersebut ialah membaca.
‘Literasi bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak’.
Begitulah bunyi ungkapan yang sering disebut di mana-mana kursus membaca. Membaca dan menulis bukanlah lahir bersama lahirnya anak-anak adam ini. Tidak ada bayi yang baru lahir dapat membaca apatahlagi menulis. Tetapi ia merupakan satu hak yang harus ditunaikan oleh ibu bapanya. Lihat sajalah apa jadi kepada remaja yang tidak dapat membaca dan menulis pada hari ini. Walaupun tidak semuanya, tetapi antara salah satu punca kegagalan dan keruntuhan akhlak mereka berpunca daripada kegagalan membaca dan menulis.
Oleh itu ibu bapanya orang pertama yang harus dipersalahkan. Apa tidaknya. Ada seorang ibu baru menyedari anaknya yang berusia 14 tahun tidak dapat membaca! Selepas 8 tahun bersekolah, hari ini baru menyedarinya. Jadi apakah ini salah dirinya atau kurang prihatinnya seorang ibu atau bapa kepada anaknya? Sebagai memenuhi tanggungjawab ini wajarlah ibu bapa hari ini mengajar anak-anaknya membaca pada usia awal lagi.
Bagaimana caranya?
Nantikan bahagian kedua ya.... :-)
Nantikan bahagian kedua ya.... :-)
(Nota: tips ini di petik dari laman web Readnetwork dan ianya ditulis oleh Encik Othman Ahamad - Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy)
Subscribe to:
Posts (Atom)