Sunday, 14 July 2013

Mari Menyanyi

Coretan wardi Fathi Othman

Salam Ramadhan.....

Menyanyi adalah salah satu kegemaran kanak-kanak. Nyanyian yang mempunyai alunan yang gembira, berulang-ulang amat disukai oleh kanak-kanak. Untuk menambahkan lagi keseronokan menyanyi, ianya disertai dengan pergerakan.

Nyanyian pada kanak-kanak bukan sekadar ekspresi vokal dan keseronokan semata-mata. ianya juga boleh meransang perkembangan bahasa, fizikal dan juga sosioemosi.


  • menyanyi adalah salah satu strategi untuk menarik minat kanak-kanak.
  • kanak-kanak amat berminat dan gemar menyanyi atau mengikut melodi serta membuat pergerakan.
  • kanak-kanak suka nyanyian yang berulang-ulang, ayat yang pendek dan mudah disebut.
masih ingat dengan lagu ini?

Ikan Kekek....


Friday, 12 July 2013

Anak Adalah Amanah, Anak Adalah Anugerah - Bahagian 2

Coretan Wardi Fathi Othman

Salam pagi Sabtu.......
Salam Ramadhan ke-4.....

Imam Al-Ghazali mementingkan unsur ganjaran kepada kanak-kanak. Beliau mengatakan bahawa apabila kanak-kanak menunjukan budi pekerti yang baik, mereka harus diberi pujian. Kanak-kanak suka di puji. Berilah pujian kepada mereka walaupun apa yang mereka buat itu nampak kecil dari pandangan kita. Beri juga pujian atau kata-kata ransangan walaupun apa yang mereka buat itu tidak begitu bagus atau tidak sempurna.

Sekiranya mereka melakukan kesalahan secara tidak sengaja, maka hendaklah ditegur tapi bukan dimarahi. Beri teguran secara rahsia, jangan di tegur di hadapan khalayak. Andainya mereka masih mengulangi kesalahan yang sama, maka hendaklah diberi peringatan atau amaran yang lebih jelas dan lebih tegas.

wallahu'alam...

Anak Adalah Amanah, Anak Adalah Anugerah - Bahagian 1

Coretan Wardi Fathi Othman


Islam menyatakan bahawa anak itu adalah anugerah Allah swt. dan setiap anak itu lahir dalam keadaan fitrah. Setiap anak yang lahir umpama sehelai kain putih yang bersih, ibubapalah yang mencorakkan sahsiah mereka. Ibubapa memegang amanah dan tanggungjawab membesarkan anak-anak agar menjadi insan yang beriman, berakhlak mulia dan berilmu.

Iman Ghazali berpendapat bahawa anak-anak adalah amanah Allah kepada kedua-dua ibubapaya. Hati Kanak-kanak adalah suci, laksana mutiara yang berharga, indah bersih dari segala gurisan dan bentuk. Mereka menerima apa sahaja yang dibuat kepada nya dan condong kepada apa-apa yang ditarik kepadanya.

Jika anak-anak dididikda diasuh dengan perbuatan yang baik, ia akan membesar dalam persekitaran yang demikaian dan akan menjadi manusia yang baik. Kedua-dua ibubapa, pengasuh, guru dan masyarakat yang mndidiknya akan mendapat pahala daripada Allah swt.

Sebaliknya pula, jika anak-anak diasuh dan dibiasakan dengan perbuata yang tidak baik dan pendidikannya diabaikan, maka mereka akan menjadi manusia yag jahat dan dosanya turut ditanggung oleh ibubapanya dan mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menjaganya.

Wednesday, 10 July 2013

Anak Lewat Bercakap Bahagian 2

Coretan Wardi Fathi Othman


Apakah bezanya antara masalah bercakap dengan pertuturan? Katanya masalah lambat cakap dikaitkan pelbagai faktor komunikasi termasuk kurang rangsangan untuk bercakap.

Bagi masalah pertuturan pula, adalah biasa untuk kanak-kanak kecil yang mula belajar bertutur untuk mengeluarkan bunyi-bunyi yang ‘pelat’ kerana ini adalah proses normal. Pelat atau ‘proses-proses fonologi’ ini berlaku sehinggalah sekitar lima hingga enam tahun di mana bunyi-bunyi pertuturan kanak-kanak akan terus bertambah baik dan akan menyamai bunyi-bunyi pertuturan orang dewasa. Apabila kanak-kanak tidak berjaya mengatasi ‘pelat’ ini pada tahap umur berkenaan, maka masalah pertuturan perlu dibantu oleh patologis pertuturan-bahasa.


Jelasnya seseorang bayi itu bersuara mengeluarkan kata - kata membebel atau ‘baby talk’ seperti aa , aa , ahggege , bababa , dededed , mamamam , nanana dan seterusnya sebelum dapat mengeluarkan perkataan yang bermakna. Dalam usaha merangsang kanak-kanak cepat bercakap, ibu bapa digalakkan bercakap dengan mereka walaupun ketika itu mungkin si kecil pada usia bayi.

Mengenai kemungkinan kanak-kanak lambat bercakap akibat penggunaan pelbagai bahasa di rumah menyebabkan kanak-kanak mungkin keliru, Dr Basha berkata, ia tidak semestinya berlaku kerana kanak-kanak menyerap bahasa bagaikan span dan tahu membezakan bahasa bila sampai masanya.

Pada peringkat awal, sesetengah kanak-kanak yang bertutur pelbagai bahasa mungkin ada menunjukkan sedikit kelambatan dalam menguasai kesemua bahasa yang dituturkan. Bagaimanapun, ini akan diatasi secara semula jadi. Dalam sesetengah kes, ibu bapa mungkin dapati anak-anaknya lebih bijak bercakap bila tahu banyak bahasa.

Tidak dinafikan unsur genetik adalah satu lagi sebab mengapa kanak-kanak lambat bercakap.

“Untuk mengelakkan berlakunya masalah bercakap bagi kanak-kanak, ibu bapa perlu memastikan supaya tahap pertuturan yang mereka gunakan adalah sepadan dengan umur anak mereka. Peluang untuk kanak -kanak mereka mendengar bahasa dan menggunakannya mestilah mencukupi di dalam persekitaran mereka.

“Jika ibu bapa atau penjaga selalu bercakap cepat, menggunakan perkataan yang tidak sepadan dengan kebolehan kanak -kanak mereka memahamimya sudah tentulah akan memberi kesan yang negatif kepada perkembangan pertuturan kanak -kanak mereka. Penggunaan bahasa adalah perlu untuk perkembangan intelek seseorang kanak -kanak. Perkembangan intelek pula dipengaruhi oleh tahap penggunaan bahasa. Jika kanak -kanak lambat bercakap pembelajaran mereka di masa hadapan akan terjejas.

“Sebetulnya selain daripada kesihatan tubuh badan , tahap pemakanan yang baik, keadaan fizikal dan mental yang baik , persekitaran yang penuh dengan stimulasi adalah perlu diberikan kepada kanak-kanak untuk menggalakkan perkembangan bahasa optimum,” katanya.

Jelasnya masalah bercakap selalunya menjadi petanda kepada masalah lain yang lebih besar, termasuk masalah pendengaran, atau autisme.

“Segeralah merujuk kepada pakar dapat membantu mengesan masalah dihadapi kanak-kanak. Selain Hospital Kuala Lumpur dan hospital besar di setiap negeri, ibu bapa boleh ke Klinik Audiologi & Sains Pertuturan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur yang khusus mengendalikan mengenai masalah berkaitan.

Tuesday, 9 July 2013

Anak Lewat Bercakap Bahagian 1

Coretan Wardi Fathi Othman

Tiada kaitan jantina, mungkin petanda anak alami masalah pendengaran, autisme.

SEAKAN wujud satu persepsi dalam kalangan masyarakat yang mengaitkan jantina sebagai alasan bagi kanak-kanak yang lewat bercakap.

Tidak hairanlah, kita sering mendengar dialog seperti “kalau dibandingkan dengan budak perempuan, budak lelaki memang lambat bercakap’. Namun, adakah tanggapan ini benar?


Masalah bercakap hanya boleh ditentukan menerusi terapi pertututan-bahasa. Kanak-kanak itu akan diperiksa secara terperinci termasuk menyelidiki persekitaran yang mempengaruhi kebolehannya bercakap. Ibu bapa yang mengesyaki anaknya berhadapan masalah bercakap, perlu segera merujuknya kepada terapis itu kerana lambat bercakap boleh menjadi ‘petanda’ kepada masalah lain termasuk masalah pendengaran, autisme atau masalah lain. Lebih cepat dikenal pasti, lebih cepat kanak-kanak itu dapat dibantu. 
- Dr Basyariatul Fathi Othman, Terapis Pertuturan Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan, UKM
Mengajukan persoalan itu kepada Terapis Pertuturan Bahasa Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Basyariatul Fathi Othman, sebaliknya menyifatkan pandangan itu hanyalah mitos.

“Kanak-kanak yang lambat bercakap tidak boleh dibezakan dengan jantina. Cepat atau lambat kebolehan bercakap itu, sebenarnya banyak dipengaruhi persekitaran, termasuk pemilihan permainan.

“Budak perempuan dikaitkan dengan cepat pandai bercakap kerana jenis permainan mereka seperti ‘main masak-masak atau main pondok-pondok’ itu boleh menjadi satu proses pembinaan pertuturan,” ” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, sambil bermain masak-masak itu, mereka akan mengajuk cara ibunya memotong sayur, menjaga adik dan menukarkan pakaian. Perbuatan itu akan bersulam dengan pengeluaran ayat. Sekiranya dilakukan secara berulang-ulang kebolehan bercakap akan menjadi semakin lancar.
“Ini berbeza dengan budak lelaki. Kebanyakannya suka bermain kereta mainan, atau ‘pencuri-polis’. Tidak banyak perkataan dapat dikeluarkan menerusi permainan berkenaan melainkan bunyi ‘vroom’ enjin kereta atau perkataan ‘lari’ dan ‘tangkap’ dari mulutnya. Secara langsung faktor permainan amat mempengaruhi kebolehan mereka bercakap.

“Justeru saya fikir ada baiknya kalau budak lelaki turut sama bermain permainan budak perempuan kerana nyata bentuk permainan itu membina kebolehannya bercakap dan kognitif lain termasuk penggunaan motor tangan serta kaki. Penggunaan otak dan pergerakan badan menerusi perbuatan akan mempercepatkan mereka belajar perkataan baru, seterusnya membina ayat dengan baik,” katanya.

Namun, bilakah masanya atau tahap usia kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai lewat bercakap dan perlu mendapatkan bantuan?

“Kanak-kanak yang normal boleh mengeluarkan perkataan seawal usia lapan bulan ke setahun setengah. Kalau lewat daripada itu, ibu bapa boleh membawa kanak-kanak bertemu dengan terapi pertuturan bahasa untuk menentukan sama ada anak mereka mengalami masalah.

“Masalah bercakap hanya boleh ditentukan oleh Terapi Pertuturan-Bahasa kerana dalam setiap kes dirujuk. Kanak-kanak itu akan diperiksa secara terperinci termasuk menyelidiki persekitaran yang mempengaruhi kebolehannya bercakap. Ibu bapa yang mengesyaki anaknya berhadapan masalah bercakap, perlu segera merujuk kepada Terapi Pertuturan Bahasa kerana lambat bercakap boleh menjadi ‘petanda’ kepada masalah lain termasuk masalah pendengaran, autisme atau masalah masalah lain. Lebih cepat dikenal pasti, lebih cepat kanak-kanak itu dapat dibantu,” katanya.

Thursday, 4 July 2013

Anak Bijak Membaca - Bahagian 1

Coretan Wardi Fathi Othman

Salam Ceria.....
Salam Permata....
Salam 1 Malaysia.........

Semua ibubapa mahu anak mereka pandai membaca. Semua ibubapa mahu anak bijak dalam pelajaran. Anak-anak yang bijak sering di perbualkan semasa sessi 'mesyuarat tingkap'. Apatah lagi jika anak-anak dapat membaca pada usia muda.

Selalunya, terutama di musim cuti sekolah, sepupu-sepapat, anak sedara-jauh dan dekat berkumpul. Maka akan keluarlah cerita mengenai anak sipolan, si anu yang pandai, periksa UPSR semuanya dapat A. Ibubapa yang mana anak2nya pandai, senyum panjang sampai ke telinga tapi bagi ibubapa yang anaknya kureeeeng... tersenyum jugak... tapi pahit dan kelat! Biasa dengan senario ini? he! he! he! Saya percaya mesti ada yang tengah trsenyum di waktu membaca artikel ini!

Kadang-kadang kita sebagai ibu dan bapa - terutama ibu (kerana lebih byk berkomunikasi dgn anak) selalu mengeluh. Bila nak ajar anak-anak di rumah, selalu tak menjadi, selalu tak kena. Selalunya alasan adalah anak tak mahu mengikut kita.

Di sini saya senaraikan beberapa kesilapan biasa yang dilakukan oleh ibubapa semasa mengajar anak membaca di rumah:
1. Ibubapa mengajar membosankan - asyik suruh baca kemudian ulang, baca kemudian ulang - tiada kreativiti dalam mengajar anak.
2. Ibubapa mengajar garang sangat macam singa - pantang sebut salah, terus diherdik.
3. Ibubapa mengajar caca merba. Tak ada kaedah atau tidak bersistematik.
4. Ibubapa mengajar tak kena masa - contohnya mengajar waktu ada rancangan tv yang anak suka.
5. Ibubapa mengajar tak kena tempat. - depan tv atau dekat dgn tingkap.
6. Ibubapa mengajar tak guna pendekatan psikologi.

Ini adalah antara kesilapan-kesilapan biasa yang dilakukan oleh ibubapa lakukan. Jadi, fikir-fikirlah akan jalan penyelesaiannya.

Wednesday, 3 July 2013

Pemakanan Berkhasiat

Coretan oleh Wardi Fathi Othman

Assalamualaikum.......
Salam Sejahtera.....
Salam Permata....

Sekarang ni, saya sedang berkursus 'Bengkel Refresher Permata di Sumay Suite Hotel, Kuala Terengganu. Bengkel ini adalah kesinambungan dari bengkel yang telah diadakan pada penghujung tahun lepas di Pulau Pinang. 

Namun kali ini, saya ingin membincang mengenai pemakanan kanak-kanak di taska. semoga info yang diberikan ini akan dapat memberi manafaat kepada semua ibubapa, bakal ibubapa, pengusaha tadika / taska dan juga bakal-bakal pengusaha.

Pemakanan adalah satu asas yang untuk pertumbuhan dan perkembangan. Pemakanan yang seimbang akan memberikan segala keperluan yang diperlukan oleh tubuh badan. Khasiat yang seimbang diperlukan oleh badan terutamanya kanak-kanak. 



MENGAPA PERLU MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN SEIMBANG?

  1. Cergas dan bertenaga
  2. Cerdas
  3. Bertindak balas
  4. Kulit yang licin
  5. Mata yang berseri
  6. Tumbesaran yang normal
  7. Memelihara suhu badan


Khasiat Protin
Sumbernya:-
Kelas 1- Susu, daging, telur ayam, keju.
Kelas 2- Kekacang, bijirin dan lain-lain.

Akibat kekurangan zat pada tubuh:-

  1. Pembesaran kanak-kanak terbantut
  2. Kurang pembaikan tisu – luka lambat sembuh
  3. Kurang daya tahan tubuh terhadap penyakit
  4. Anemia


Khasiat Karborhidrat
Sumbernya:-
Gula, roti, jem, kek, gula-gula, biskut, nasi, sirap, 
manisan, kentang dan lain-lain.

Akibat kekurangan zat pada tubuh:-

  1. Susut badan
  2. Tubuh mudah letih
  3. Tubuh merasa sejuk 


Khasiat Lemak
Sumbernya:-
Lemak haiwan, mentega, daging berlemak, ikan 
berminyak, krim,kuning telur, keju dan lain-lain.

Akibat kekurangan zat pada tubuh:-

  1. Susut badan
  2. Tubuh mula letih
  3. Tubuh merasa sejuk 


Khasiat Kalsium
Sumbernya:-
Sayur-sayuran hijau, keju, telur, ikan dan lain-lain

Akibat kekurangan zat pada tubuh:-

  1. tulang,gigi dan gusi kurang kuat
  2. Lambat pembekuan darah
  3. Riket (tulang dan gigi lembut dan sendi-sendi tulang menjadi bengkak).


Khasiat Vitamin (A, B1, B2, C, D)
Sumbernya:-
Sayur-sayuran, buah-buahan, susu, keju dan lain-
lain

Akibat kekurangan zat pada tubuh:-

  1. Menyebabkan radang mata dan rabun
  2. Kulit menjadi kering
  3. Fikiran terganggu, gemuruh, dan berkeadaan marah
  4. Hilang selera dan keletihan
  5. Makanan tidak hadam


Makanan Pelawas
Ia bukan zat kerana pelawas tidak boleh dihadam 
tetapi diperlukan di dalam sajian.
Sumbernya:-
Sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan

Akibat kekurangannya pada tubuh:-

  1. Menyebabkan sembelit