Wednesday, 31 July 2013

Ciri-ciri Keperibadian Guru Prasekolah

Coretan : Wardi Fathi Othman

Assalamualaikum...
Salam Ceria...
Salam Ramadhan.....

Sedar dengan tidak, kita sudah hampir kepada penghujung ramadhan. Dalam beberapa hari lagi, kita akan menyambut Syawal yang mulia.... Pastinya yang paling gembira adalah anak-anak.
"Mama.... baju raya dah siap belum?"
"Mama... boleh tak adik nak pakai kasut raya ini?"
"Mama... bila kita nak balik kampung?"
Itulah anak-anak... sentiasa teruja dengan sekeliling mereka.

Begitu juga mereka di sekolah.... berbagai ragam mereka yang perlu ditangani oleh guru dan pengasuh. Hampir tidak terlayan jadinya. Jika guru atau pengasuh tiada minat dan kesabaran terhadap kanak-kanak dan miat terhadap kerjaya, maka yang akan menjadi mangsa adalah anak-anak di tadika itu sendiri.

Maka, setiap insan yang ingin bergelat guru pra sekolah atau tadika perlulah mempunyai ciri keperibadian berikut:

  1.  mengajar dengan ikhlas
  2. kebersihan diri
  3. ikhlas bekeja
  4. sabar
  5. lemah lembut
  6. sopan santun
  7. perihatin
  8. akhlak yang baik
  9. ada sifat keibuan
wallahu'alam......

Monday, 29 July 2013

Selamat Malam Si Kecil Mama - 2

Coretan : Wardi Fathi Othman

Assalamu'alaikum...
Salam Ceria....
Salam Ramadhan....



Si Kecil anda memerlukan tidur yang mencukupi bagi tumbesaran yang sihat. Keperluan tidur untuk bayi baru lahir hingga usia dua bulan adalah antara 10.5 hingga 18 jam sehari. Sementara bagi bayi usia dua hingga 12 bulan, jumlah tidur yang diperlukan antara 14 hingga 15 jam sehari.

Kebiasaannya si kecil ketika dalam pantang mempunyai pola tidur yg masih tidak teratur, dan kita perlu menetapkan rutin tidur mereka agar mereka mendapat tidur yg berkualiti di kemudian hari. Di sini ada beberapa panduan yang boleh diikuti oleh ibu-ibu dalam menetapkan rutin tidur harian Si Kecil...

1. Tidurkan anak di tempat yang selesa baginya setiap kali waktu tidur. Tindakan ini mampu mewujudkan satu hubungan antara anak dan katilnya serta persekitaran dalam bilik tidurnya.

2. Ciptakan jadual tidur yang teratur secara rutin. Jika sejak kecil anda sudah biasakan dia dengan masa tidur yang tetap, maka tidak mustahil bayi akan tahu sudah tiba masa untuknya tidur. Untuk menjayakan proses ini ia memerlukan kesabaran dan mengambil masa yang lama.

3. Badan yang selesa pasti membuatkan si kecil juga selesa untuk melelapkan matanya. Pastikan anda sudah memandikan bayi, menukar lampinnya terlebih dahulu sebelum menidurkannya.

4. Susukan bayi dan aktiviti ini diakui oleh kebanyakan ibu antara yang paling berkesan untuk menidurkan si kecil. Bayi yang menyusu badan amat mudah tertidur dengan sendirinya. Seperti yg telah dikongsikan sebelum ini bahawa Susu Ibu itu Unik kerana terdapat Hormon CCK yang akan menenangkan dan menidurkan bayi.


bersambung....

Sekadar perkongsian, wallahu'alam....

Sunday, 28 July 2013

Selamat Malam Si Kecil Mama - 1

Coretan : Wardi Fathi Othman

Assalamu'alaikum........

Salam ceria.....
Salam Ramadhan.....

Sedar dengan tidak, kita dah masuk ke 2/3 Ramadhan. Dalam masa lebih kurang 9 hari lagi, kita akan menyambut Syawal. Alhamdullilah......

Buat ibu-ibu yang mempunyai anak kecil mesti terasa lebih penatkan? Ini kerana dalam bulan mulia ini, ibu-ibu masih menyusukan anak walaupun sedang berpuasa. 

Kemudian diwaktu petang, perlu melakukan rutin biasa iaitu menyediakan hidangan berbuka. Itu pula tidak termasuk mengemas rumah, dapur dan diwaktu sahur perlu bangun untuk menyediakan hidangan sahur. 


Kadang-kadang cabaran yang lebih besar jika tidur si ibu tidak cukup bila si kecil tidur lewat atau tidak nyenyak tidur. Jadi disini ada sedikit perkongsian mengenai tidur Si kecil. Semoga panduan ini dapat sedikit sebanyak membantu ibu-ibu terutamanya ibu-ibu muda. Insya allah...

Perkembangan dan pertumbuhan si kecil bukan sahaja bergantung kepada nutrisi yang diterima malah waktu / masa tidur mereka juga perlu dipantau. Ini kerana waktu tidurlah mereka dapat rehat yang secukupnya. dengan rehat yanng scukupnya, maka otak si kecil dapat memproses semua maklumat yang mereka terima ketika sedar. Maka, jangan sekali-kali memandang remeh mengenai waktu tidur si kecil......

bersambung.....

Wallahu'alam........



Friday, 26 July 2013

Si Kecil Petah Berbicara - 3

Coretan wardi Fathi Othman

Salam Ceria....
Salam Permata....
Salam Ramadhan....

Anak petah berbicara, boleh meransang anak untuk menjadi lebih bijak. Dengan ransangaan yang berterusan dan bersesuaian, maka anak-anak boleh mengembangkan pengetahuan dan imaginasi mereka untuk perkembangan mereka.....


3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.



5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.


Wallahu'alam......

Thursday, 25 July 2013

Mari Menyanyi - Kereta Kecil Warna Merah

Coretan : Wardi Fathi Othman

Salam Ceria.....
Salam Ramadhan.....

Lagi perkongsian lagu kanak-kanak.Semoga lagu-lagu tradisional kanak-kanak kita ini tidak lenyap bersama kepesatan pembangunan dan memberi manfaat kepada semua pendidik. Ayuh! Mari Menyanyi!!

Mari Menyanyi - Ayun Adik Ayun

Coretan : Wardi Fathi Othman

Salam Ceria.....
Salam Ramadhan.....

Lagi perkongsian lagu kanak-kanak.Semoga lagu-lagu tradisional kanak-kanak kita ini tidak lenyap bersama kepesatan pembangunan dan memberi manfaat kepada semua pendidik. Ayuh! Mari Menyanyi!!

Si Kecil Petah Berbicara - 2



Coretan : Wardi Fathi Othman


Salam Ceria...
Salam Ramadhan....
Salam Permata....


Anak kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika mahu anak anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu anak anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya. Disini ada beberapa panduan yang boleh digunakan oleh ibubapa sekalian untuk meransang anak-anak petah berbicara...

1. Pengulangan

Si kecil anda cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar si kecil anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan si kecil anda mendengar. 

Jika anda lakukan secara kerap, si kecil anda akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan si kecil anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda si kecil anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajaran yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.



2. Jangan Berbahasa Bayi!

Goo goo gaa gaa! Bahasa si kecil yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat si kecil comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa si kecil anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk si kecil anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila si kecil anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.


bersambung......

Wallahu'alam.