Showing posts with label Panduan Pemilihan Tadika. Show all posts
Showing posts with label Panduan Pemilihan Tadika. Show all posts

Thursday, 1 August 2013

Kemahiran Seorang Guru

Coretan : Wardi Fathi Othman

Assalamualaikum....
Salam Ceria....
Salam Ramadhan.....

Sudah siap semua persiapan raya?
Sudah buat biskut raya?
Ada berapa jenis biskut yang dibuat?
Berapa peruntukan untuk duit raya?
Sudah beli kasut raya - anak-anak, ibu, ayah?
Sudah tukar langsir?
Sudah tukar sarung sofa?
Sudah buang sawang di syiling rumah?

wah! banyaknya hendak diatur dan dibuat. Mungkin tidak sempat jika tidak diaturkan dengan sebaiknya. Ini semua, memerlukan kemahiran. Sebagai pengurus rumahtangga (jawatan tetap dan tiada pencen!) semua kemahiran ini perlu dipelajari dan perlu dipraktikkan. Jika tidak, rumah boleh jadi "tongkang pecah"

Begitu jua dengan guru tadika. guru tadika juga memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu didalam menjalankan tugasan mereka. Antara kemahiran-kemahiran yang wajib ada pada mereka adalah :

  • kemahiran berinteraksi
  • kemahiran merancang
  • kemahiran intelek
  • kemahiran membimbing
  • kemahiran pengurusan
  • kemahiran kreatif
  • kemahiran pemerhatian
  • kemahiran untuk menilai
  • kemahiran membuat keputusan
wallahu'alam.....

Wednesday, 31 July 2013

Ciri-ciri Keperibadian Guru Prasekolah

Coretan : Wardi Fathi Othman

Assalamualaikum...
Salam Ceria...
Salam Ramadhan.....

Sedar dengan tidak, kita sudah hampir kepada penghujung ramadhan. Dalam beberapa hari lagi, kita akan menyambut Syawal yang mulia.... Pastinya yang paling gembira adalah anak-anak.
"Mama.... baju raya dah siap belum?"
"Mama... boleh tak adik nak pakai kasut raya ini?"
"Mama... bila kita nak balik kampung?"
Itulah anak-anak... sentiasa teruja dengan sekeliling mereka.

Begitu juga mereka di sekolah.... berbagai ragam mereka yang perlu ditangani oleh guru dan pengasuh. Hampir tidak terlayan jadinya. Jika guru atau pengasuh tiada minat dan kesabaran terhadap kanak-kanak dan miat terhadap kerjaya, maka yang akan menjadi mangsa adalah anak-anak di tadika itu sendiri.

Maka, setiap insan yang ingin bergelat guru pra sekolah atau tadika perlulah mempunyai ciri keperibadian berikut:

  1.  mengajar dengan ikhlas
  2. kebersihan diri
  3. ikhlas bekeja
  4. sabar
  5. lemah lembut
  6. sopan santun
  7. perihatin
  8. akhlak yang baik
  9. ada sifat keibuan
wallahu'alam......

Tuesday, 25 June 2013

Salam Perkenalan...... Salam Ukhuwah


Coretan oleh Wardi Fathi Othman

Assalamualaikum.......
Salam Sejahtera.....

Salam Ukhuwah dihulurkan.
Nama saya Wardiyatul-Fathi Binti Othman. Saya adalah seorang Pengusaha Tadika, Taska dan juga Pusat Jagaan di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Saya memulakan kerjaya sabagai Pembantu Auditor di Coopers & Lybrand di Kuala Lumpur selama 3 tahun kemudian bertukar bidang kerjaya kepada Eksekutif Pemasaran di syarikat percetakan di Cheras selama 3 tahun juga.

Sebenarnya diwaktu itu, saya masih mencari-cari lagi, sejenis pekerjaan yang sesuai dengan naluri saya. Semasa bekerja sebagai pembantu auditor, jiwa saya sangat-sangat tertekan kerana pekerjaan itu menuntut saya bekerja 'pergi sebelum terbit matahari dan pulang selepas terbenam matahari'.

Kemudian, saya beralih arah ke pemasaran. Ya! Ini kesukaan saya!. Namun, bekerja dengan majikan juga punya kelemahannya. Jiwa saya masih memberontak! Ini bukan tempat saya! Ini bukan yang saya cari! - itu jeritan batin saya.

Perjalanan kerjaya dalam perniagaan saya telah membawa saya ke Pulau Pinang. Disini bermula perjalanan saya sebagai seorang usahawan. Liku-liku perjalanan sebagai bukanlah sesuatu yang mudah.

Selepas melalui jerit perihnya, kegagalan demi kegagalan telah saya lalui. Akhirnya Allah swt telah memberikan saya peluang kedua. Di saat saya terumbang ambing bangkit dari kegagalan, saya telah dijodohkan oleh Allah untuk bertemu dengan insan-insan yang hebat.

Maka episod saya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak telah bermula pada tahun 2003. Kelas Membaca telah dimulakan selepas menjalani latihan bersama syarikat penerbitan buku dan juga penulisnya sendiri. Pada penghujung tahun 2004, kelas bacaan itu telah saya naik tarafkan kepada tadika dengan sokongan padu dari ibubapa pelajar kelas bacaan sendiri. Alhamdullilah. Inilah yang saya cari selama ini.

Bermula 2005 sehingga kini saya tidak menoleh belakang lagi. Jawatan yang disandang pada permulaannya sebagai pengusaha tadika bertambah menjadi pengusaha pusat jagaan dan terakhir pengusaha taska. Alhamdullilah saya panjatkan kesyukuran kepada yang maha esa kerana memberi peluang kepada saya untuk berbakti kepada anak bangsa.