Friday, 23 August 2013

Anak-anakku..... pergilah bermain - 2

Coretan : Wardi Fathi Othman
Gambar : Google

Salam Ceria...
Salam Permata....

Assalamualaikum......

Bila berbicara mengenai anak-anak... kita boleh bercerita 1001 cerita. Tiada sempadan... tiada noktah.. Setiap anak adalah unik, walalupun lahir dari ibu yang sama... dari rahim yang sama.... dari ayah yanng sama...itulah kebesaran ALLAH swt..ALLAHUAKBAR...
Berbalik kepada bicara anak-anak dan gadget it... ini pun 1001 ceritanya. Namun seperti yang telah dikatakan, semua berbali kepada ibu bapa, dimana berfungsi sebagai pemantau, orang yang bertanggungjawab dalam membentuk keperibadian anak-anak.
Cadangan saya, galakanlah anak-anak bermain secara fizikal iaitu bermain di luar rumah. Di sini ada sedikit cadangan :

  • galakan anak bermain di luar rumah sekurang-kurangnya 1 kali sehari.
  • sentiasa beri ingatan mengenai keselamatan semasa bermain di kawsan kejiranan iaitu hanya bercakap dengan orang yang dikenali.
  • didik anak-anak yang keluar bermain di luar, berwaspada dengan orang yang tidak kenali - jangan bercakap atau mengikut orang yang tidak dikenali.
  • cadangakan kepada anak-anak - taman permainan yang selesa dan sesuai untuk mereka bermain.
wallahualam...

#wardifathiothman#

Thursday, 22 August 2013

Anak-anakku.... pergilah bermain! - 1

Coretan : Wardi Fathi Othman
Gambar : Google

Salam Ceria...
Salam Permata....

Assalamualaikum.....


Di doakan semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat walafiat. Entri kali ini, adalah ingin menyambung kisah anak-anak beraya... oooopss mungkin bukan kisah anak-anak beraya tetapi kisah bagaimana anak-anak zaman ini beraya.

Sudah tonton, video yang dikongsikan semalam? Sungguh terkesan kan? Lihat bagaimana kesan penggunaan 'gadget IT' terhadap kehidupan harian anak-anak kita. Mereka cukup leka bermain menggunakan gadget teresebut.... mereka adalah pakar ber'muka buku'.... namun mereka bukan pakar ber'sua muka'. Kemahiran sosial mereka berada pada paras paling rendah atau boleh dikatakan langsung tiada.

Ini semua perlu diubah atau di sekatatau di pantau oleh ibubapa. Gadget IT itu tidak bersalah, malah ianya adalah satu kelebihan untuk digunakan dalam menjalinkan silaturrahim. Namun pemantau perlu dibuat supaya ianya tidak disalah gunakan.

Kita sebagai orang dewasa merangkap ibu bapa perlu menggalakan anak-anak kita bersosial secara alami / semulajadi bukan secara maya. Salah satu cara beriteraksi secara semulajadi adalah bermain bersama rakan-rakan. Galakan mereka keluar dari rumah untuk bermain bersama rakan-rakan mereka.

nantikan entri sambungan...

wallahu'alam....

#wardifathiothman#

Wednesday, 21 August 2013

Raya Anak-Anak Zaman Sekarang..

Catatan : Wardi Fathi Othman
Gambar : Google

Salam Ceria...
Salam Permata...
Salam Syawal.....

Assalamu'alaikum.....

Syukur alhamdullilah dipanjatkan ke hadrat allah swt.... kita masih lagi bernafas, menghirup udara yang nyaman, dibumi yang amat dan sejahtera ini. Semoga kita bersama-sama mengekalkan keamanan dibumi bertuah ini....
Bagaimana sambutan hariraya tahun ini?
Seronok?
Terlebih seronok?
Kurang seronok atau tidak seronok langsung?

Bila berbicara mengenai keseronokan menyambut hariraya, sudah tentunya kita dapat tidak dapat lari dari berbicara mengenai kanak-kanak. kanak-kanaklah yang paling gembira... paling seronok menyambut hariraya ini. bagi orang dewasa pula, mengimbau kenangan berhariraya ketika zaman kanak-kanak adalah yang paling indah.
Berpakaian baru, tidak kira mahal atau pun murah. di beli di pasar malam atau pun di 'shopping mall'. Semuanya cantik belaka. Mereka  cukup gembira berjalan berpimpinan tangan bersama ibubapa menziarahi rumah sanak-saudara.....
tapi itu dulu....
semua sekadar satu kenangan yanng ada dalam lipatan kenangan...
Pernah tonton iklan hariraya MAXIS?
Mari sama-sama kita tonton video ini terlebih dulu....
Coretan ini kita sambung lain masa pula ya..... :-)



#wardifathiothman#

Monday, 19 August 2013

Mari Bermain Ibu... Mari Bermain Ayah...

Coretan : Wardi Fathi Othman
Gambar : Google

Salam ceria...
Salam Permata....

Assalamu'alaikum....


Bermain bukan sahaja memberi manafaat kepada kanak-kanak, malah juga memberi manfaat kepada orang dewasa. Kita selalu mengaitkan bermain hanya untuk kanak-kanak..

"Eh! engkau ni... asyik-asyik main...asyik-asyik main... tak ada kerja lain ke"
biasa mendengarnya? itulah prasa kegemaran ibu-ibu dan juga guru-guru. Bermain dan kanak-kanak adalah seperti irama dan lagu, seperti aur dengan tebing, bagaikan isi dengan kuku. tidak boleh di pisahkan. 
Anak-anak yang aktif adalah anak-anak yang sihat, anak-anak yang normal. Oleh itu jika anak-anak kita aktif bermain, janganlah risau. Itu menandakan anak kita sihat.
Namun yang perlu ibubapa risaukan, jika anak-anak tidak bermain atau tidak aktif. Itu adalah satu petanda yang kurang baik. Lebih baik ibubapa bertindak segera, mengenal pasti punca masalah anak-anak tidak aktif atau tidak minat bermain.
Kajian mengenai kesan bermain bersama ibu atau bapa ke atas perkembangan kanak-kanak adalah seperti berikut :

  1. kanak-kanak yang bermain bersama bapa didapati mempunyai daya imaginasi dan kemahiran kognitif yang lebih tinggi.
  2. kanak-kanak yang bermain bersama ibu didapati mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan ibu, mempunyai perkembangan yang lebih positif.
  3. apabila mereka ini membesar, kanak-kanak ini gemar terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Mereka selesa dan tidak kekok untuk berada dalam kumpulan yang besar, mempunyai kesihatan mental yanng baik dan juga sudah semestinya mempunyai hubungan kekeluargaan yang lebih rapat.
wallahu'alam...


Sunday, 18 August 2013

Antara Taska, Pengasuh Dan Bibik.....

Wardi Fathi Othman

Salam ceria...
Salam Permata....

Assalamu'alaikum....


KEHIDUPAN sekarang terlalu mencabar sehingga kedua-dua ibu bapa harus bekerja, untuk masa depan sekeluarga.

Bila kedua-duanya bekerja, anak-anak yang masih kecil mahu atau tidak, terpaksa ditinggalkan sama ada di taska, di bawah pemerhatian bibik di rumah, atau kepada pengasuh.

Namun, dewasa ini, terlalu banyak cerita negatif tentang taska, bibik dan pengasuh.

Satu ketika dulu, saya pernah menerima e-mel dilampirkan dengan gambar kanak-kanak taska yang tidak seorangpun mukanya tidak ditekap dengan batal atau kain.

Saya tidak pasti, sama ada kanak-kanak tersebut dipaksa berbuat demikian atau melakukannya atas kerelaan sendiri.

Walaupun bukan gambar kanak-kanak didera, namun naluri keibuan saya tetap tersentak. Mengapa?

Bayangkan jika ada di antara anak-anak ini yang memberontak untuk melakukannya tetapi tetap dipaksa juga...

Bagaimana jika pengasuh di taska tidak dapat mengawal emosi lalu berlaku sesuatu tanpa diduga!

Saya bukan berfi kiran negatif. Andai seorang dua yang menutup kepala menggunakan tuala, selimut atau bantal, mungkin itu habit. Tapi kalau majoriti melakukannya?

Ia lebih terlihat kepada paksaan supaya anak-anak ini tidur.

Fikirkan...bayi yang ditutup mukanya dengan bantal. Andai lemas...adakah galang ganti nyawanya?

Ibu bapa memberi kepercayaan kepada taska untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga anak-anak sementara mereka bekerja. Dan ia bukan percuma!

Seikhlasnya ibu bapa membayar, sebegitu jugalah ibu bapa berharap pengasuh sama ada di taska, di rumah atau di mana-mana, akan menjaga anak-anak mereka.

Mendengar, membaca dan melihat kes-kes yang berlaku, hari ini menghantar anak-anak ke taska, meninggalkan pada pembantu rumah atau pengasuh umpama perjudian mempertaruh kehidupan anak-anak demi meneruskan kelangsungan hidup.

Antara taska, bibik dan pengasuh ada pro dan kontranya yang pasti setiap ibu bapa mempunyai alasan tersendiri memilih kemudahan yang ada.

Apa yang penting walau siapa pun yang mengambil alih tanggungjawab sementara menjaga anak-anak, lakukanlah dengan ikhlas, pandanglah mereka sebagai memandang anak sendiri

Anak-anak kecil memanglah tidak boleh total mengikut arahan kerana kita semasa kecil juga sebegitu. Ia bermula daripada meniarap, merangkak, berjalan dan bukan terus berlari dan berakal!


petikan artikel dari - http://www.sinarharian.com.my/rencana/antara-taska-bibik-dan-pengasuh-1.179902

Saturday, 17 August 2013

Perkembangan Bayi Dari Lahir Hingga Dua Tahun - 3

Wardi Fathi Othman

Salam Ceria...
Salam Permata....

Assalamu'alaikum....

Sambungan Tahap-tahap Pertumbuhan Bayi Adalah Seperti Berikut:

9 hingga 12 bulan
• Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
• Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
• Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
• Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
• Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
• Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
• Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.

Tip: Mengajak anak bermain ‘sembunyi-sembunyi’ akan merangsangnya menjadi lebih fokus ketika melihat. 

12 hingga 24 bulan
• Pada peringkat ini kanak-kanak biasanya sudah pandai berkata-kata. Contohnya. “Mana mama?”
• Ketika bercakap, mereka akan fokus terhadap apa yang mereka cakapkan itu.
• Semasa membaca buku bersama, mereka akan turut menyebut nama objek-objek yang ada di dalamnya.
• Kanak-kanak dua tahun juga semakin pandai naik dan turun tangga.
• Boleh membuka zip yang bersaiz besar.
• Sudah pandai melukis.
• Semakin pandai memegang dan menggunakan sudu.

Tip: Beri anak anda sudu dan garpunya sendiri ketika makan untuk merangsang kemahirannya memegang sesuatu benda.

Friday, 16 August 2013

Perkembangan Bayi Dari Lahir Hingga Dua Tahun - 2

Wardi Fathi Othman

Salam Ceria...
Salam Permata....

Assalamu'alaikum....

Sambungan Tahap-tahap Pertumbuhan Bayi Adalah Seperti Berikut:
3 hingga 6 bulan
• Pada usia 14 minggu, bayi sudah boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
• Bayi juga boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
• Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
• Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
• Genggaman tangan bayi mulai kejap dan kemahiran motornya kian mantap.
• Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.
Tip: Menyanyi akan menceriakan bayi anda dan merangsang kemahiran lisannya. Jadi, ajaklah anak tepuk tangan dan gerakkan badannya mengikut rentak muzik.
6 hingga 9 bulan
• Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
• Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
• Bayi juga mulai merangkak.
• Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
• Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, rak, meja dan sebagainya.
• Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
• Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.
Tip: Ajar anak menyebut perkataan yang mudah seperti mama dan papa untuk merangsang kemahirannya bercakap.