Sunday, 21 July 2013

Ajar Membaca Menggunakan Kaedah Fonetik

Coretan Wardi Fathi Othman

Salam Ceria.......
Salam Permata.....
Salam 1 Malaysia.....


Kaedah fonetik menekan penguasaan hubungkait di antara huruf-huruf dan bunyi-bunyinya. Kajian telah menunjukan bahawa otak manusia membaca dengan membunyikan bunyi huruf-huruf bukan membunyi nama-nama huruf. Oleh sebab sebutan perkataan bahasa melayu memang terbit secara langsung daripada gabungan bunyi-bunyi huruf, mengajar membaca menggunakan kaedah fonetik adalah antara yang terbaik.

Tambahan pula kaedah fonetik hanya mensyaratkan kanak-kanak mengenal dan mengingat hanya 25 huruf dan bunyinya sahaja. Ini berbeza dengan kaedah suku kata atau mengeja yang mana kanak-kanak perlu mengenal nama huruf atau mengingat berpuluh-puluh pola suku kata yang sangat membebankan kanak-kanak. Kaedah fonetik sebaliknya amat mudah, cepat, lancar dan sejiwa dengan kanak-kanak seawal usia 3 tahun.

Bagi pendapat peribadi saya sendiri, yang telah menggunakan kaedah ini sepenuhnya sejak 2003 lagi. Ianya amat berkesan dalam mengajar anak-anak membaca terutamanya anak-anak yang lemah atau sedikit lembab (slow learner). Ini kerana, anak-anak ini tidak perlu menghafal nama-nama huruf untuk membaca. Mereka hanya perlu mengingat simbol huruf dan bunyinya sahaja. Jadi langkah pembelajaran telah di permudahkan. Jangan risau jika anak-anak ini tidak mengenal nama huruf-huruf. Bagi saya, nama huruf hanyalah nama sahaja. Ianya tidak membawa sebarang bunyi untuk dibaca. Yang penting, dengan mengunakan kaedah fonetik, anak-anak ini dapat membaca dengan lancar bersama intonasi yangn sesuai.


Saturday, 20 July 2013

Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-kanak - sambungan

Coretan Wardi Fathi Othman


Salam Ceria.....
Salam Ramadhan......


Alhamdullilah....., kita masih lagi berada dalam bulan ramadhan. Bulan yang penuh barkah.

Perkembangan kanak-kanak seperti yang telah bincanngkan, boleh dibahagikan kepada 4 aspek iaitu :



1. Perkembangan Fizikal

Ianya Perubahan yang berlaku dari segi bentuk dan saiz; dimana ia berkisar mengenai kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti boleh memasukkan benang ke dalam lubang butang, melakar dan melukis.

2. Perkembangan Bahasa


Perkembangan bahasa merupa perubahan dari tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada stimulasi. Anak-anak akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan radio.

3. Perkembangan Kognitif


Kognitif pula adalah keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.

4. Perkembangan Sosio-Emosi


Ianya berkisar mengenai keupayaan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Kanak-kanak semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan kanak-kanak menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Terangkan kepada kanak-kanak tidak perlu menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalahnya dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.



wallahu'allam.....

Friday, 19 July 2013

Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-kanak

Coretan Wardi Fathi Othman

Salam Ramadhan......
Salam Ceria.....


Perkembangan awal kanak-kanak meliputi pertumbuhan dan perkembangan mereka dari sejak lahir hingga 6 tahun. Pertumbuhan kanak-kanak berlaku sejak :
  • dalam kandungan lagi. 
  • Selepas bayi lahir.
  • pertumbuhan dan perkembangan .


Pertumbuhan
Pertumbuhan kanak-kanak diukur berdasarkan keadaan tubuh badan mereka iaitu berat dan ketinggian. Selalunya, doktor atau pegawai perubatan ada carta yang boleh dirujuk oleh ibu bapanya. Biasanya berat badan akan diukur sesuai dengan ketinggian. Hal ini akan menentukan sama ada anak berada pada tahap di bawah pertumbuhan badan normal atau kurang/lebih. Bagaimanapun, faktor lain turut diambil kira iaitu faktor genetik dan kesihatan kanak-kanak itu.
Perkembangan
Manakala perkembangan pula meliputi 4 asas utama iaitu :
  1. Perkembangan Fizikal
  2. Perkembangan Bahasa
  3. Perkembangan Kognitif
  4. Perkembangan Sosio-Emosi


 Wallahu'alam.....

Thursday, 18 July 2013

Kepentingan Bermain Dalam Perkembangan Kanak-kanak - sambungan

Coretan Wardi Fathi Othman

Salam Permata....
Salam Ramdhan.....



Bermain memainkan peranan yanng utama dalam perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek, sosial dan emosi.

Mengikut Jean Piaget (1962), tujuan utama bermain ialah menggerakan perkembangan kognitif kanak-kanak, disamping memperkukuhkan pembelajaran yang baru diadakan, sementara membenarkan pembelajaran baru dijalankan dalam suasana yang santai. Ini bermakna juga bahawa bermain dapat memperkembangkan intelek dan sosial secara optimum.

Bagi L. Vygotsky (1976) pula berpendapat fungsi main adalah membina semuala realiti tanpa pengaruh situasi atau halangan dan mneggerakan perkembangan intelek secara tidak langsung.

Wallahu'alam...

Tuesday, 16 July 2013

Kepentingan Bermain Dlm Perkembangan Kanak-kanak

Coretan Wardi Fathi Othman


Salam Ceria....
Salam Ramadhan....

Melihat kanak-kanak ketawa, bermain, kadang-kadang membuat saya tersenyum sendiri. Dalam riuh rendah mereka bermain, berbagai gelagat yang kita perhatikan.

Jangan dihalang... 

Jangan di arah... 

Jangan campur tangan ketika mereka bermain. 

Hanya pantau sahaja.... 

Jadikan diri kita sebagai 'pemudah cara'. Biar mereka menentukan sendiri arah bermain mereka.

Bermain akan lebih bermanfaat jika ia :-

  • aktiviti yang bermotivasi instrinsik dan dibuat semata-mata untuk kepuasan.
  • permainan yang dipilih secara bebas mengikut kehendak kanak-kanak sendiri.
  • ianya mestilah membawa keseronokan dan tiada unsur paksaan.
  • ianya mengandungi unsur imaginasi agar dapat membantu memenuhi keperluan dan kepuasan bermain.
  • ianya merupakan aktiviti fizikal.

Monday, 15 July 2013

Biar Anak-anak Bermain - sambungan

Coretan Wardi Fathi Othman

Salam Ramadhan........



Bagi kanak-kanak bermain merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh mereka sepanjang hari. “ Playing is living and living is playing” iaitu menganggap aktiviti bermain sebagai kehidupan mereka, dan kehidupan adalah dengan bermain

Faedah-faedah bermain kepada kanak-kanak

  • Membina kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak.
  • Membina kemahiran bahasa.
  • Membina kemahiran berfikir.
  • Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
  • Kebolehan merancang dan menyelesaikan masalah.
  • Berimaginasi dan kreatif.
  • Kanak-kanak dapat belajar untuk mengambil giliran, kongsi tanggungjawab dan menyelesaikan masalah dengan kreatif.
  • Meningkatkan empati.
  • Memahami perasaan orang lain.
  • Bina keyakinan diri.
  • Kanak-kanak boleh mengajuk dengan baik apa yang dikatakan oleh ahli keluarga dan guru.
  • Dapat perkataan baru semasa bermain.
  • Dapat belajar perkataan yang membantu kanak-kanak dalam mencipta cerita dan permainan.
  • Membantu dalam proses membaca dan menulis kelak.
  • Tambah perbendaharaan kata apabila bermain secara tematik.
  • Dalam masa yang sama mereka mengajar perkataan-perkataan baru.
  • Mereka dapat belajar tentang komunikasi apabila berbincang idea bermain dalam situasi yang pelbagai.
  • Apabila sekumpulan kanak-kanak bermain bersama mereka dapat berkongsi pengalaman antara satu sama lain.

Biarkan Anak-anak Bermain

Coretan Wardi Fathi Othman


Bermain itu adalah fitrah kanak-kanak kata Imam Al-Ghazali. Melalui bermain, mereka boleh meneroka dan memperoleh pengalaman secara langsung dan semula jadi.
Bermain itu belajar untuk kanak-kanak. Biasa mendengar "Belajar Sambil Bermain"? Bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menimba pengalaman dalam suasana yang gembira, fleksibel tanpa kongkongan, tiada arahan cuma ianya perlu pemantauan dari orang dewasa.

Masih ingat lagi masa kita sebagai kanak-kanak? Selalunya apa permainan yang kita main? Saya? Saya selalu bermain polis dan penjahat, atau nama yang diberi POLIS ENTRÉE (rasanyalah) atau sepatutnya POLICE & THIEF? 
Saya akan memainkan peranan polis yang mengejar penjahat. Watak penjahat selalunya dimainkan oleh rakan lelaki. Biasa tak dengan senario ini? Dalam permainan ini, apakah pengajaran yang kanak-kanak akan dapat?
Nantikan sambungan coretan "Biar Anak-anak Bermain" ini......