Coretan Oleh Wardi Fathi Othman
Salam Sejahtera.... Salam Pagi Jumaat....
Semua ibubapa mengimpikan anak-anak yang cerdik, anak yang bijak, anak yang pandai, anak yang cerdas dan macam-macam lagi yang terbaik. Mana ada ibubapa yanng mahu anak yang cacat, anak yang terencat akalnya, yang terencat fizikalnya. Namun, ibubapa..... setiap anak-anak itu adalah rezeki dari allah. Setiap anak-anak itu permata. Setiap anak itu adalah amanah dari allah.
Perkembangan kanak-kanak adalah berterusan bermula dari dalam kandungan hinggalah ke peringkat kematangan. Perkembangan kanak-kanak adalah merangkumi Jasmani, Mental. Emosi dan juga sosial. Perkembangan bukan sahaja dari bentuk fizikal iaitu tinggi dan berat sahaja. Namun perkembangan kanak-kanak juga berlaku dari semua aspek diatas.
Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi juga dengan faktor baka dan persekitaran. contohnya, jika ibubapa berkulit sawo matang (seperti orang melayu) maka anak juga 90% akan berkulit sawo matang juga. Jika salah seorang ibu atau bapa berambut kerinting maka 50% anak akan mewarisi rambut kerinting juga. Ini adalah faktor baka.
Manakala faktor persekitaran akan mempengaruhi emosi dan sosial mereka. Anak yang ceria selalunya dipengaruhi dan didampingi oleh insan-insan yang ceria juga.
No comments:
Post a Comment