Wednesday 11 September 2013

Hantar Anak ke taska berdaftar - JKM

Coretan : Wardi Fathi Othman.
Gambar : Google



Perkongsian berita dari Sinar Harian, 12 September 2013.

SEGAMAT - Timbalan Pengarah 1 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor, Datuk Daud Arbah berkata, masyarakat perlu mengambil berat masalah sosial yang membawa impak negatif kepada kanak-kanak.

Beliau juga menasihati ibu bapa terutama ibu tunggal supaya tidak mudah mempercayai orang lain menjaga anak mereka ketika keluar bekerja.

"Sepatutnya, ibu tunggal perlu mencari pendekatan lain seperti meninggalkan anak dengan keluarga sendiri dan pusat asuhan kanak-kanak berdaftar dengan JKM," katanya.

Menurutnya, kes penderaan emosi kanak-kanak biasa diterima JKM kerana ada ibu bapa yang mengalami tekanan hidup melepaskan kemarahan tersebut kepada anak mereka.

"Jika ada perkara begitu, kita akan rujuk kepada pakar psikiatri,” katanya.

Bagaimanapun katanya, masalah keganasan fizikal dan seksual ke atas kanak-kanak di negeri ini di tahap terkawal.

Menurutnya, walaupun keluarga hadapi masalah, keselamatan anak perlu diberi keutamaan, tindakan undang-undang akan diambil jika keluarga terlibat dengan penderaan kanak-kanak.

Selain itu katanya, JKM juga menerima maklumat terdapat pengasuh yang menjaga lebih seorang kanak-kanak, selain anak pengasuh itu sendiri.

"Bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, apabila seseorang menjaga lebih tiga kanak-kanak, mereka perlu berdaftar dengan JKM.

“Setiap pengasuh yang berdaftar dengan JKM akan diberi buku garis panduan perkhidmatan mengasuh kanak-kanak.

"Pengasuh tidak berdaftar boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Menurutnya, JKM akan bertindak tegas jika menerima laporan penderaan dan keganasan terhadap kanak-kanak sama ada kejadian berlaku di pusat asuhan berdaftar atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment