Thursday 27 June 2013

Perkembangan awal Kanak-Kanak

Coretan Oleh Wardi Fathi Othman

Salam Sejahtera.... Salam Pagi Jumaat....

Semua ibubapa mengimpikan anak-anak yang cerdik, anak yang bijak, anak yang pandai, anak yang cerdas dan macam-macam lagi yang terbaik. Mana ada ibubapa yanng mahu anak yang cacat, anak yang terencat akalnya, yang terencat fizikalnya. Namun, ibubapa..... setiap anak-anak itu adalah rezeki dari allah. Setiap anak-anak itu permata. Setiap anak itu adalah amanah dari allah.

Perkembangan kanak-kanak adalah berterusan bermula dari dalam kandungan hinggalah ke peringkat kematangan. Perkembangan kanak-kanak adalah merangkumi Jasmani, Mental. Emosi dan juga sosial. Perkembangan bukan sahaja dari bentuk fizikal iaitu tinggi dan berat sahaja. Namun perkembangan kanak-kanak juga berlaku dari semua aspek diatas.

Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi juga dengan faktor baka dan persekitaran. contohnya, jika ibubapa berkulit sawo matang (seperti orang melayu) maka anak juga 90% akan berkulit sawo matang juga. Jika salah seorang ibu atau bapa berambut kerinting maka 50% anak akan mewarisi rambut kerinting juga. Ini adalah faktor baka.

Manakala faktor persekitaran akan mempengaruhi emosi dan sosial mereka. Anak yang ceria selalunya dipengaruhi dan didampingi oleh insan-insan yang ceria juga.

Tuesday 25 June 2013

Salam Perkenalan...... Salam Ukhuwah


Coretan oleh Wardi Fathi Othman

Assalamualaikum.......
Salam Sejahtera.....

Salam Ukhuwah dihulurkan.
Nama saya Wardiyatul-Fathi Binti Othman. Saya adalah seorang Pengusaha Tadika, Taska dan juga Pusat Jagaan di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Saya memulakan kerjaya sabagai Pembantu Auditor di Coopers & Lybrand di Kuala Lumpur selama 3 tahun kemudian bertukar bidang kerjaya kepada Eksekutif Pemasaran di syarikat percetakan di Cheras selama 3 tahun juga.

Sebenarnya diwaktu itu, saya masih mencari-cari lagi, sejenis pekerjaan yang sesuai dengan naluri saya. Semasa bekerja sebagai pembantu auditor, jiwa saya sangat-sangat tertekan kerana pekerjaan itu menuntut saya bekerja 'pergi sebelum terbit matahari dan pulang selepas terbenam matahari'.

Kemudian, saya beralih arah ke pemasaran. Ya! Ini kesukaan saya!. Namun, bekerja dengan majikan juga punya kelemahannya. Jiwa saya masih memberontak! Ini bukan tempat saya! Ini bukan yang saya cari! - itu jeritan batin saya.

Perjalanan kerjaya dalam perniagaan saya telah membawa saya ke Pulau Pinang. Disini bermula perjalanan saya sebagai seorang usahawan. Liku-liku perjalanan sebagai bukanlah sesuatu yang mudah.

Selepas melalui jerit perihnya, kegagalan demi kegagalan telah saya lalui. Akhirnya Allah swt telah memberikan saya peluang kedua. Di saat saya terumbang ambing bangkit dari kegagalan, saya telah dijodohkan oleh Allah untuk bertemu dengan insan-insan yang hebat.

Maka episod saya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak telah bermula pada tahun 2003. Kelas Membaca telah dimulakan selepas menjalani latihan bersama syarikat penerbitan buku dan juga penulisnya sendiri. Pada penghujung tahun 2004, kelas bacaan itu telah saya naik tarafkan kepada tadika dengan sokongan padu dari ibubapa pelajar kelas bacaan sendiri. Alhamdullilah. Inilah yang saya cari selama ini.

Bermula 2005 sehingga kini saya tidak menoleh belakang lagi. Jawatan yang disandang pada permulaannya sebagai pengusaha tadika bertambah menjadi pengusaha pusat jagaan dan terakhir pengusaha taska. Alhamdullilah saya panjatkan kesyukuran kepada yang maha esa kerana memberi peluang kepada saya untuk berbakti kepada anak bangsa.